Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ILMU DAN PENDIDIKAN

Berhati-Hati Menghantar Anak Belajar Agama Di Timur Tengah

Imej
Belajar agama sampai ke luar negara memang menjadi cita-cita pelajar sekolah agama di Malaysia. Disamping berpeluang menimba ilmu dari ulama yang 'tinggi ilmunya', pengalaman berada di luar negara terutama di timur tengah adalah suatu yang menarik.  Banyak universiti di timur tengah yang menjadi pilihan terutama Universiti Al-Azhar, di Mesir, Universiti Jordan, di Jordan, Universiti Madinah di Madinah, Universiti Ummul Qura di Mekah dan lain-lain. Begitu juga di Maghribi, Syria, Libya, Yaman, Iraq dan lain-lain. Semuanya ini dijangka boleh membina wibawa sebagai seorang tokoh agama di tanah air apabila pulang nanti.  Seiringan dengan itu muncul pula rasa bangga dan rasa diri sudah alim yang menghilangkan rasa merendah diri serta tawadhuk yang sangat perlu bagi seseorang insan. Itulah sebenarnya natijah daripada sistem pendidikan agama yang masih skular. Belajar agama dalam keadaan hati makin jauh dengan Tuhan.  Tidak ramai yang semakin berilmu semakin ...

Pelajar Bermasalah Kesan Didikan Ibu Memanjakan Anak

Satu ketika Pak Lang menziarahi sebuah negeri di Malaysia. Sepertimana biasa, Pak Lang bawa anak-cucu dan remaja pelajar ikut sekali. Jalan-jalan dijadikan ruang bersembang-sembang yang boleh menginsafkan. Ada tujuan lain sebenarnya tapi kami singgah di sebuah rumah ahli GISB untuk mandi dan solat maghrib. Kebetulan ianya adalah rumah salah seorang pelajar perempuan yang bersama rombongan Pak Lang.  Rumahnya agak besar dan lengkap, kemas serba tersusun. Pemiliknya suami isteri orang bisnes. Anak-anak mereka semuanya berada di sekolah jemaah.  Keluarga ini termasuk mereka yang sangat kuat dengan jemaah. Ujian yang melanda jemaah selama ini tidak pernah menggugat mereka. Aktiviti dan program jemaah sentiasa menjadi keutamaan. Walaupun demikian, mereka sebenarnya ada masalah dalam pendidikan anak-anak. Tepatnya siisteri. Namanya Kak Yah. Dia lebih yakin pendidikan luar berbanding jemaah. Suaminya yakin tetapi tidak mampu bertegas dengan isteri. Cuma anak perempuannya (anak su...

Ciri Pelajar Berwatak Ayam Daging, Ayam Kampung dan Ayam Hutan.

Untuk memudahkan kita faham bentuk pendidikan yang GISB sedang lagangkan mari kita lihat perbandingan Abuya tentang ayam daging, ayam kampong dan ayam hutan. Kiaslah ianya dengan kategori pelajar yang ingin dihasilkan. Sudah tentulah Abuya inginkan pelajar atau remaja GISB yang berkualiti seperti ayam kampong atau seboleh-bolehnya ayam hutan!