Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel THARIQ IBNU ZIYAD

Bagaimana Andalusia Ditawan Oleh Tariq Ibnu Ziyad

Imej
Pak Lang perturunkan di sini ambilan dari Blog UmmiTariq yang menarik. Untuk menjenguk blognya; SILA KLIK DI SINI Thariq bin Ziyad: Panglima Penakluk Andalusia SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD? Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Di kisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, ya...