Adun Pengkalan Kubur Kelantan Meninggal Dunia
Allahyarham Noor Zahidi Adun Pengkalan Kubur, Kelantan Noor Zahidi Omar telah meninggal dunia di Modern Hospital Guang Zhao China jam 5:44 pagi ini. Menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan Mohd Alwi Che Ahmad, Allahyarham menghidap kanser hati (liver canser). Sebelum ini kata Alwi beliau ke India bersama Allahyarham bagi menjalani rawatan biasa apabila Allahyarham sering mengalami pendarahan dalaman yang dianggap biasa. Allahyaram dikesani menghidap kenser hati (liver canser) pada 17 Julai 2014. Pemergian Allahyaram ke China adalah untuk mendapat rawatan lanjutan menambah darah bagi menambahkan dayatahan tubuh tetapi tidak sempat dilakukan. Menurut Alwi, urusan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham sedang dilaksanakan dan ia akan dibawa secepat mungkin. Bagaimana pun katanya, mungkin ada sedikit kelewatan memandangkan protokol China agat ketat. Pihak Wisma Putera telah pun dimaklumkan, jelasnya. Alwi yang merupakan sahabat baik Allahyarham meminta rakyat berdoa agar mem...