Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH SEDIH

Kisah Sedih Seorang Suami Dan Kesetiaan Seorang Isteri - Semua Yang Membaca Kisah Ini Mengalir Air Mata!!

Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi...

Kisah Sedih Seorang Ibu

Imej
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian, Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along ja...

Kisah Sedih Yang Mampu Membuatkan Kita Mengalirkan Air Mata

Kisah berikut begitu meruntun perasaan. Ianya membawa ingatan kepada insan yang banyak berjasa kepada kita. Secara kebetulan kisah ini mempunyai kesamaan dengan apa yang Pak Lang dan adik beradik tempuh.  Sepanjang membacanya terkenang aruah mak yang meninggal dunia akibat kanser payu dara. Ia membuatkan kita mahu sungguh-sungguh menghargai ibubapa, membantu dan membela mereka.  Apa yang dipaparkan - walaupun dalam gaya tulisan anak-anak muda zaman ini, moga dapat difahami. Sediakan tisu atau tuala kecil!! Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan  mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. sejak hari  tu aku dah kurang sikit ngan abah. Apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. Mak laa t...