Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam

Imej
Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini. Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara. Kesemua mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di sini pada jam 10.05 pagi.  Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak.  Pada 4 September lepas, kumpulan per...

Jabatan Kastam Kembali Diuji!! Siapa Perlu Bertanggung JKASTAawab?

Oh Kastam, jawablah Oleh ZULKEFLI HAMZAH warungrakyat.mingguan@gmail.com Dalam kejadian yang jarang-jarang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang meragut tiga nyawa pekerja dari Bangladesh di tapak pembinaan MRT di Kota Damansara pada 18 Ogos lalu. "Sebagai peneraju MRT Corp., saya mengambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ini tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya dalam sidang akhbar sehari selepas insiden itu. Walau bagaimanapun lembaga pengarah menolak hasrat Azhar itu dan beliau kekal sebagai CEO sehingga hari ini. Sikap mengambil tanggungjawab seperti ditunjukkan oleh Azhar ini masih asing di Malaysia. Sebagai ketua, beliau menjawab kecuaian sehingga menyebabkan kematian dengan menawarkan peletakan jawatan, bukan menuding jari menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan leher sendiri. Pada 12 September lalu sebagai langkah menjaga integriti Lembag...