Keputusan Rayuan Anwar Hanya Akan Diketahui Selepas Perhimpunan Agung UMNO
Apabila Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sebelum ini disabitkan dengan hukuman lima tahun penjara ke suatu tarikh lain, persoalan yang menjadi teka-teki ramai ialah bilakah ia akan diumumkan dan apakah pula keputusannya. Sementara pihak pembela dan pendakwa melahirkan keyakinan keputusan nanti akan memihak kepada mereka, orangramai juga mulai membuat telahan dan andaian masing-masing. Ada yang yakin Anwar akan didapati bebas dan ada juga yang merasakan sebaliknya. Ariffin yang mengetuai panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan membuat penangguhan itu selepas tidak sampai sejam mendengar hujah penutup oleh pihak pembela dan pendakwa pada petang Jumaat selepas bersidang sejak tujuh hari lalu. Beliau berkata, memandangkan banyak fakta dikemukakan, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat di tarikh lain yang akan diberitahu kemudian. Berbanding kes rayuan di Mahkamah Ra...