Kekayaan, Kemasyhuran Dan Kekuasaan Yang Memusnahkan Manusia
Kekayaan dan kekuasaan boleh membuatkan seseorang yang normal menjadi sebaliknya. Kaya luar biasa dan kemasyhuran juga dengan mudah boleh mengubah seseorang orang biasa menjadi sombong dan hilang pertimbangan. Ramai orang berkuasa menggunakan kuasa dengan bermaharajalela. Orang lain dipandang tidak berharga. Mereka sanggup membunuh dan menyiksa orang lain kerana mereka mempunyai kuasa yang dirasakannya tidak akan hilang dari tangannya. Hakikatnya manusia boleh menjadi terlalu angkuh apabila syaitan dan nafsu menguasai diri. Firaun dan Namrud adalah contoh manusia sebegini. Nasib mereka sama-sama kita tahu. Bagaimana pula keadaan manusia-manusia kaya dan berkuasa di waktu ini? 1. Presiden Brazil, Tancredo Neves Sewaktu kempen pilihanraya di Brazil diadakan, Tancredo Neves dengan sombong berucap di hadapan rakyatnya bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Presiden Brazil melebihi 500,000 undian, tidak ada siapapun mampu menggoyangkan karier politiknya termasu...