Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMATIAN

Digigit Ular, Lelaki Ini Catat Apa yang Dirasakannya Hingga Ajal Tiba

Imej
Saintis memang terkenal dengan menggunakan eksperimen untuk membangunkan teori. Pada tahun 1957, seorang saintis dengan berani menggunakan dirinya bagi melalui satu pengalaman menakutkan dan untuk mendokumenkannya. Video ini memaparkan kisah luar biasa detik terakhir Dr. Karl P. Schmidt, pakar ular terkenal, selepas dia telah digigit oleh ular boomslang (Dispholidus typus). Mengetahui dia hampir mati, dia menggunakan hari terakhirnya untuk menceritakan apa yang dirasakannya. Filem pendek menunjukkan petikan daripada laporan yang disebut sebagai "diari kematian." Schmidt meninggal dunia hanya 24 jam selepas gigitan dengan pendarahan teruk dari mata, buah pinggang, paru-paru, jantung dan otak. Adakah dia memandang rendah kesan racun itu? Kenapa dia tidak mendapatkan rawatan antivenom pada tangannya? Jom lihat video di bawah, mungkin persoalan yang bermain di fikiran anda terjawab. Walaupun kejadian ini berlaku pada tahun 1950', pada ketika itu suda...

Nak Tahu? Apakah Persiapan Untuk Malam Pertama?

Imej

Sakaratul Maut Dan Huru Hara Kiamat

Ketahuilah, bahawa sakaratul maut itu lebih berat, lebih berbahaya, sakit dan sengsara. Nabi kita menggambarkan sakitnya melebihi ditombak dan dipedang beratus-ratus kali. Semua bahaya dan sakit di dunia ini adalah perkara yang sangat kecil jika dibanding dengan sakitnya orang di dalam sakaratul maut. Akan tetapi berat dan sakitnya mati, itu termasuk perkara yang ringan jika dibanding dengan seksa kubur dan pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir.  Meskipun demikian, semua itu masih termasuk perkara kecil dan ringan jika dibanding lagi dengan susah dan payahnya pada waktu datangnya hari kiamat, lebih-lebih lagi sakit dan payahnya Neraka Jahanam. Pada waktu ditiup sangkakala oleh Malaikat Israfil, manusia semua bangkit dari kubur, digiring ke Padang Mahsyar. Di sana mereka di hadapkan ke Hadhrat Allah yang Maha Gagah dan Maha Kuasa, diperiksa semua amalnya lahir dan batin tidak ada yang tercicir, kemudian menerima pembalasannya. Orang yang jahat iaitu yang tidak beriman dan tidak...

Apakah Tanda Yang Terjadi Pada Tubuh Manusia Ketika Akan Meninggal

Imej
Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Setiap yang bernama manusia akan menempuhnya dengan berbagai cara kematian. Bilakah masanya untuk kita berpindah ke alam sana? Satu soalan yang cukup menakutkan!! Hanya para kekasih Allah yang merindui kematian. Mereka rindu untuk bertemu dengan para kekasih yang mereka rindui di alam akhirat.  Apapun sebelum mati, ada insan yang diberi rasa hati untuk mengetahui jangkaan masa kematiannya. Sebab itu ada orang soleh yang siap mandi, buang air besar, sucikan najis dari dirinya dan berwudhu. Sempat pula solat sunat 2 rakaat sebelum berbaring dan Malaikat tampil mengambil nyawanya lalu mati!! Pokoknya ada pengalaman manusia untuk menyingkapi tanda-tanda tersendiri untuk orang yang akan meninggal dunia.    Sebelum orang meninggal akan ada beberapa tanda-tanda yang ditunjukkan pada tubuhnya. Berikut adalah 8 tanda yang terjadi pada tubuh manusia ketika akan meninggal: Kehilangan nafsu makan Tanda pertama yang d...

Sajak Merindui Kematian Oleh Dato Ibu Hatijah Aam Sebelum Pemergiannya

MAMPUKAH LEPASI SAKARATUL MAUT? Walau kapanpun lah harinya Kematian itu akan berlaku Sedangkan ianya adalah pasti! Maka sewajarnyalah bagiku menuliskan kata-kata ini! Sudah tiada siapa-siapa lagi yang boleh dibawa berbincang! Ia hanyalah urusan ku dengan Tuhan Aku benar-benar berdua dengan Tuhan dalam kes matiku ini! Tuhan.. Jadikanlah hatiku ini suka kepada kematianku ini! Suka untuk meninggalkan dunia yang menipu Suka untuk pergi ke alam hakiki dan abadi Suka untuk meninggalkan semua kesayanganku disini Suka untuk bertemu dengan kesayanganku disana Tapi selamatkah aku disaat menarik nafas terakhirku itu Ya Allah? Aku takut setakut-takutnya untuk menghadapinya Takut tak lulus peperiksaan akhir hidup Takut tidak berjaya melakukan kematian yang baik Takut terjunam dalam kematian yang gagal Oh Tuhanku, Oh Nabiku.. Apakah langkah-langkah kselamatan untuk mati? Siapa-siapa yang boleh ku panggil untuk menjadi doktor untuk pastikan kematianku dalam iman? Seelok matiku saja aku nak Nabiku men...

Apa Yang Berlaku Bila Selalu Ingat Mati?

Imej
Mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama. Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya.  Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain. Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya. Ringkasnya hasil yang positif dari mengingati mati itu menolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita.  Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari? Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu s...

Bila Kita Ingat Mati......

🍂Bila kita ingatkan mati. Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita tak PENTING diri sendiri. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita boleh buangkan BENCI. 🍂Bila kita ingatkan mati. Semua orang kita AMPUNI. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita selalu INSAFI diri. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita BERUSAHA kuat lagi. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita saling MENASIHATI. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita telah MENGHIDUPKAN hati. 🍂Bila kita ingatkan mati. Tidak ada KESEDIHAN lagi. 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita seronok hendak BERBAKTI. 🍂Bila kita ingatkan mati. Hidup menjadi lebih BERERTI 🍂Bila kita ingatkan mati. Kita ingat ALLAH kepada Nya kita KEMBALI HIDUP TANPA TUHAN SEUMPAMA HIDUP TIDAK BERGUNA LAGI,  NAMUN ALLAH TIDAK PERNAH PERGI KRN DIA SENTIASA MEMBERI PELUANG UTK KITA BERKOMUKASI DENGANNYA  Hidup ini indah selagi Ada tuhan ,  Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan kegembiraan yang hanya dapat di rasai Oleh akal yang 'Berfikir' Dan mata yang ''melihat'...

Kisah Benar!! Kubur Bercahaya Walaupun Tidak Tahu Baca Al-Quran!

Imej
Friday, October 16, 2015 KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT 1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. 2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. 3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. 4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung. 5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. 6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkun...

Takziah Untuk Keluarga Mantan Mufti

Dengan rasa penuh hiba, kami mendapat satu berita berkenaan pemergian Tan Sri Abdul Kadir Talib, mantan Mufti Wilayah Persekutuan (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997) ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dikurniakan ketabahan kepada keluarganya, ditempatkannya bersama para Solihin atas jasanya kepada negara dan umat Islam serta dimasukkan amalannya dalam mīzān hasanāt. Al-Fatihah. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu. SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan  16 Oktober 2015 8.29 AM إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْه وَعَافه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِن الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس    Sumber:  https://telegram.me/Ulama Not

Kematian Orang Tersayang - Apa Yang Allah Maksudkan Dengan Ujian Berat Ini?

Imej
Siapa sahaja yang kematian orang tersayang akan mengalami perasaan rindu yang teramat sangat dengan aruah.  Kadang-kadang tanpa sedar, akan terlafaz kata-kata - berbicara dengan aruah. Terasa macam dia ada bersama. Ini pengalaman Pak Lang sendiri bila kematian isteri. Adik Pak Lang, Cikgu Saodah pun sama. Dia sekeluarga  tentu rasa seakan nampak Syamil dalam rumah dan dimana-mana.  Rindu!! Perasaan rindu yang kuat ini beriringan dengan rasa dekat dengan Allah. Memang sangat menguasai hati ketika ini.  Ianya perasaan yang sukar hendak didapatkan dalam keadaan biasa. Hanya waktu ujian berat dan besar sahaja perasaan dekat dengan Allah ini masuk memenuhi hati, jiwa dan perasaan.  Ulamak berpesan, ketika teruji dengan kematian orang tersayang dan ketika rindu mencengkam jiwa, maka usahakan untuk lebihkan rindu kepada Allah.  Rindukan aruah tetaplah ada tapi alihkan perasaan yang lebih kuat rindunya itu kepada Allah. Dia sentiasa ...

Apa Yang Berlaku Ketika Hampir Mati

Imej
Ketika menziarahi kematian seseorang, kita akan hanya dapat melihat sekujur tubuh terletak di pembaringan. Kita hanya melihat jasadnya yang kaku. Tidak ada gerak malah tidak nadi, tidak ada nafas. Tubuh yang ketika hidupnya kita pernah bersalaman, berbual bicara dengannya.  Kita hanya tahu tentang pengalaman kematiannya berdasarkan keadaan tubuhnya. Kesakitannya ketika hampir mati mungkin dapat kita bayangkan. Jika mati kemalangan, tentu kita dapat bayangkan kecelakaan yang menimpanya. Boleh mengagak. Jika mati sebab sakit tentu juga dapat dilihat kesan kesakitannya atau proses rawatan yang telah dilaluinya.  Hakikatnya kita tidak tahu apa yang terjadi pada simati ketika nyawanya akan terpisah dari badan. Ruhnya dicabut secara paling lembut atau direntap keluar? Apakah ujian yang getir yang mendatanginya ketika itu? Jasad lahir yang kita lihat hanya terlalu ringan keadaannya jika dilihat secara mata hati - apa yang ditempuhnya sebelum malaikat maut mengambil nyaw...

Ini Dia Pesanan Imam Syafie Untuk Persiapan Kematian

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara: 1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t. 3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat. 5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung k...

Kematian Itu Pasti - Bila-bila Masa Akan Terjadi

Assalamualaikum.... Sibuk kejar kehidupan? Kerja sepenuh masa. Sibuk tak tentu hala. Yang dikejar belum tentu dapat tapi yang pasti solat ditinggalkan!! Sibuk dengan jadual hari-hari tidak habis-habis....Rindu orang itu, rindu orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.  Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar entah ke mana, solat maghrib tak tahu ke mana.  Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan d...

Harun Salim Bachik - Semoga Mendapat Rahmat Dan Keampunan Allah

Imej
Entah mengapa Pak Lang teringatkan Allah Yarham Sdr Harun Salim Bachik. Sebaik mengetahui kematiannya semalam, Pak Lang mendoakan beliau selamat dan mendapat kasih sayang Allah. Perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh akan berlaku pada setiap yang bernyawa. Siapa saja pasti menempuhnya.  Aruah Harun Salim Bachik terkenal dengan lakonan dan jenakanya. Apa yang ada di sisi sebaliknya tidaklah ramai orang tahu. Sebaik-baik muslim itu ialah sentiasa mendoakan siapa sahaja agar mendapat hidayah dan pimpinan dari Allah. Allah maha tahu hakikat diri kita. Belum tentu kita yang dilihat baik, adalah juga baik di sisi Allah.  Pak Lang tahu aruah Harun Salim Bachik sedang melakukan perubahan dan pembaikan diri. Banyak peningkatan dirinya yang orang tidak tahu.  Pak Lang berkesempatan bertemu dengannya di hujung tahun 2014 di Wangsa Maju. Ketika itu hanya ada 'temu janji' dengan Sdr Afdlin Shauki. Bila Pak Lang sampai ke lokasi depan pejabat korporat Sdr Afdlin, P...

Harun Salim Bachik - Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

Imej
ANAK kepada pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, Hakeem Sofi Al-Rashyid (tengah) ditemani oleh rakan-rakan artis ketika berada di perkarangan rumah mayat Hospital Parit Buntar, Perak, malam tadi. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi (BH) Memetik sumber berita Sinar Harian, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan. Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.  Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎ Jam 9.40 malam tadi j enazah dibawa dari Hospital Parit Buntar, Perak  menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam. Jam 1.15 pagi, jenazah tiba di kediamannya Taman Pandan Perdana. Lebih kurang 2...

Gambar Terakhir Harun Salim Bachik Bersama Afdlin Shauki

Imej
Pelakon, Pengarah dan Pelawak terkenal, Afdlin Shauki yang juga merupakan sahabat baik kepada Arwah Harun Salim Bachik turut terkesan dengan pemergian rakannya itu. Dalam dua status Facebooknya, beliau memohon agar semua menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Afdlin juga memuatnaik sekeping gambar yang menurutnya adalah gambar terakhir mereka berdua sebelum pemergian arwah pada hari ini. Gambar Terakhir bersama Harun Salim Bachik - Afdlin Shauki Afdlin dan Arwah Harun Salim Bachik pernah popular menerusi gabungan mereka berdua dalam kumpulan Boboi ketika mengambil bahagian dalam program lawak terkenal Maharaja Lawak Mega. SUMBER; PEN PATAH