Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH IKTIBAR

'Orang Gila' Yang Luar Biasa

*KU SANGKA ORANG GILA* Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai ya...

Erti Kasih Sayang Seorang Adik Kepada Kakaknya

Aku cuma ada seorang adik lelaki. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,...

Jangan Silap Mendoakan Anak!!!

Aku sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelakiku yang masih kecil berlari ke arahku..! Dia terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca..! Pecah hancur berkecai..! Aku benar-benar marah kerana pasu itu memang mahal harganya. Tanpa ku sedari, aku telah melontarkan kata-kata, "Mati engkau hendaknya..! Semoga budak ni ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulang kau hancur..!” Tahun demi tahun berlalu..! Anak lelakiku membesar, aku dah lupa akan doa itu. Aku pun tak anggapnya penting dan aku tak tahu bahawa doa itu telah naik ke langit..! Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar..! Dia anak sulong yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghurmati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain..! Kini dia telah menjadi seorang Jurutera yang berjaya..! Tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu..! Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur...

Warga Emas Usia 84 Tahun Sakit Jantung Terus Gigih Bersiap Untuk mati

Imej
Ditulis  Nik Aziz Afiq   "Nurse, kiblat arah mana?" "Maaf pakcik, saya bukan Muslim" Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku. Memang la diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan. "Err kejap saya check kan" Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang. "Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini" "Ooooo patutlah". Itu cara awal kami berkenalan semalam. Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie. Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik ...

Ajaibnya Doa Di Tanah Suci

KEAJAIBAN DI TANAH SUCI... Sebenarnyer kisah ini terjadi pada diriku sendiri... Lihat keajaiban berdoa dan pembalasan jika kita mengeluh.. Setiba nya di mekah..ketika melakukan umrah pertama.. Ku lihat begitu ramai orang yang sedang bertawaf , sedang solat, sedang melakukan amalan walaupun jam menunjukkan jam 1 pagi.. Penuh lautan manusia.. Hari pertama aku dah kagum , lain rasanya lihat di tv dan datang sendiri.. Hatiku tenang.. Syukur Alhamdulillah Allah izinkan dan panggil aku sendiri... Aku lihat sendiri depan mata orang berebut2 mencium hajar aswad.. Peluk kaabah solat dalam keadaan orang sedang keliling melakukan tawaf... Keadaan pelbagai ragam manusia.. Dan aku lihat sendiri dalam kekalutan tu ramai muka2 yang tenang .. Masyaallah...  Ustaz berpesan kepada jemaah.. Orang  Malaysia antara orang yang sgt bersopan di MEKAH, Jadi Janganlah Kita beribadah tapi menyakiti orang lain, bertolak dan merempuh atau berebut-rebut... Walaupun begitu, Ada tersirat di dalam  hati ...

Baca Kisah Yang Buatkan Ribuan Orang Menangis

Imej
O leh   Riyandi Al Habsyi Sebagai pasangan pengantin baru, sebagai istri saya ingin disayang oleh suami. Belajar masak rajin, bersih-bersih rumah jangan ditanya, berlaku lembut penuh cinta sama suami sudah, dan berusaha hemat dalam anggaran uang belanja biar disebut istri cerdas sama yang tersayang. Setiap kali belanja kemanapun, saya pasti ngotot berusaha menawar dagangan dengan harga semurah mungkin. Diskon seribu dua ribu saya kejar, padahal energi yang dikeluarkan untuk tawar-menawar panjang bisa lebih dari itu. Tapi demi disayang suami, saya tetep ngotot. Tak jarang suami yang mengantar mulai tidak sabar dan geleng-geleng kepala. Saya sih cuek saja, istri pelitnya ini selalu beralasan sama, kan biar hemat. Suatu sore setelah lelah keliling pasar, di perjalanan menuju parkiran mobil seorang pedagang tanaman bunga yang berusia sepuh menawarkan dagangannya: Pedagang: “Neng, beli neng dagangan bapak, bibit bunga mawar 5 pot cuma 25.000 aja 1” Tadinya saya...

Kisah Benar! Bagaimana Jika Kita Diberi Masa Untuk Hidup Hanya Satu Jam?

Kisah berikut di petik dari FB Ustaz Nasir. Kisahnya: Apa yang diceritakan oleh seorang rakan (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Isterinya seorang suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendap...

Kisah Wali - Gugur Najis Kaldai Pertama Di Baghdad Orang Tahu Bishr Sudah Meninggal

Imej
Orang Islam di Malaysia sejak kebelakangan in amat tercari cari watak dan tokoh untuk mereka puja dan dijadikan sandaran sebagai idola mereka. Dalam kedudukan desperado ini ada juga puak yang cuba menjadi kan watak watak sebagai tokoh yang yang luarbiasa walaupun tokoh itu sebenar nya biasa sahaja dan merupakan kategori kebanyakan. Jadi demi mahu up kan tokoh itu maka mereka mencipta cerita perkara perkara hebat dan luar norma untuk bukti bahawa orang ini ada lah terpilih dan tokoh. Tetapi, akhir nya terbukti kenyataan bahawa dia hanya orang biasa yang sama sahaja taraf seperti orang lain. Manusia tidak mewalikan, Allah yang mewalikan. Ia datang secara spontan dan dengan izin, tanpa di duga terlihat lah apa yang Allah mahu melihatkan. Tok Kenali Satu ketika dahulu di negeri Kelantan seorang Ulama mahu menumpang sebuah bot dan memohon penambang itu supaya tunggu dia solat sekejap di surau berdekatan, si penambang berkata “tidak mengapa lah tuan, naik sahaja b...