Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENGANTIN BARU

Suara Hati Bakal Pengantin

Bacalah suara hati seorang anak gadis yang akan menyambut hari istimewa dalam hidupnya. Pak Lang paparkan di sini tulisan beliau sebagai mengingatkan semua yang pernah menjadi pengantin bahawa inilah luahan hati kita semua sebelum menempuh gerbang rumah tangga. Hanya yang terbaik di kalangan umat ini yang akan terpilih berjaya menjadikan rumah tangga sebagai bahtera indah menuju syurga. Beruntunglah mereka yang berbahagia dengan rumah tangga dunia. Dan paling beruntung (tidak terhingga) bila mana berjaya menyambung kebahagiaan rumah tangga di dalam syurga di akhirat. Tahniah untuk bakal pengantin ini.. DALAM MENJADI YANG TERBAIK Bersama saya, Nadia Mujahidah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat pembaca entri saya pada kali ini. Entri terakhir yang menjadi catatan saya adalah pada April 2014 yang lalu. Selama tempoh itu, banyak yang berlaku dan banyak yang berlalu. Dan sedar atau tidak, mungk...

Pengantin Baru - Apa Yang Patut Dilakukan Di Malam Pertama?

Imej
Kepada para pasangan pengantin yang diraikan esok, Pak Lang akan bekalkan panduan untuk melalui detik-detik bahagia bersama pasangan masing-masing. Paparan ini dikeluarkan semula dengan penambah-baikan di sana-sini. Semoga akan membantu. Sila baca di bawah:         (Saturday, 28 December 2013) Malam Pertama Bagi Pengantin Baharu - Apa Yang Patut Dilakukan? Berikut adalah tips atau panduan menempuh malam pertama pengantin baharu. Pak Lang kutip berdasarkan pengalaman orang-orang lama, pembacaan dan kisah-kisah realiti remaja masakini. Walau bagaimana pun, ianya tentulah tidak sama dengan malam pertama di dalam kubur ya!! 1) Malam pertama hendaklah dijadikan malam untuk bertaaruf (berkenal-kenalan) secara lebih dekat - dari hati ke hati. Bersembang berdua sambil bercerita akan memberi ruang kasih sayang tercetus atas dasar saling memahami. Bertenang dan bersabarlah. Jangan terburu-buru mengikut nafsu. Ikatkan hati masing-masing de...

Kisah Sedih Pengantin Baru - Indahnya Bercinta Selepas Kahwin

Imej
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga s...