Jasad Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA?
Paparan berikut merupakan maklumat ynag lebih jelas bagi sesiapa yang tertanya-tanya tentang penyebaran gambar seorang yang dikatakan S ahabat Nabi saw. Sila klik untuk dapatkan paparan asa l pada Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala - ( Tatikh: 11.5.13 ) Sahabat Mulia Hujr bin ‘Adi RA Menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur tanpa sebab yang kuat adalah perbuatan yang tidak harus. Ia adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menghormati mayat. Apatah lagi jika mayat tersebut adalah orang yang mempunyai kedudukan dalam bidang ilmu atau medan jihad. Sebagaimana kedudukannya yang mulia dan dihormati sewaktu dia hidup begitu juga apabila ia telah meninggal dunia kedudukannya tetap sama. Perlu dijaga kehormatan dan kedudukan mulianya. Di atas pelbagai sebab, sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam proses menggali dan mengeluarkan mayat daripada kubur. Hukumnya harus jika bertujuan untuk menyelamatkan mayat tersebut dari bahaya dan hukumnya haram jika tu...