Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PANDUAN BAIKI DIRI

Tujuh Wasiat Rasulullah - Panduan Yang Amat Berharga

Rasulullah berwasiat, cintailah fakir-miskin, berbanyak silaturrahmi, jangan suka meminta-minta dan jangan takut celaan dalam berdakwah “Dari Abu Dzar ia berkata; “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) beliau memerintahku agar aku melihat orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat orang yang berada di atasku, (3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim dengan karib kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku, (4) aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan La haula walaa quwwata illa billah, (5) aku diperintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, (6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, (7) belaiu melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia” (Riwayat Ahmad). Meski wasiat ini disampaikan kepada Abu Dzar RA, namun hakikatnya untuk kaum Muslimin secara umum. Sebagaimana kaidah: ...

MH370 - Malaysia Berdoa - Panduan Baiki Diri

Imej
  Marilah kita terus membaiki diri. Diri kita sudah lama rosak oleh nafsu, syaitan dan sistem yahudi yang sangat menguasai dunia masa kini. Memikirkan hal diri sendiri lebih utama dan penting kerana diri kita yang akan menanggung segalanya di akhirat. Jika kita ketua keluarga, perhatikanlah tanggung jawab kita terhadap anak isteri dan keluarga kita.    Putaran dunia akan terus berjalan. Peristiwa demi peristiwa akan terus datang dan berlalu. Semuanya terakam dalam sejarah dan akan diputar semula di akhirat. Setiap orang akan mengetahui nasibnya sebaik menempuh kematian. Jika husnul khatimah itulah pertanda keselamatan untuknya di akhirat. Tetapi berapa ramaikah manusia yang boleh selamat?  Manusia lebih ramai berganda-ganda dihumban ke neraka. Orang-orang pilihan yang masuk syurga hanya sedikit. Tuhan maha adil. Pengadilan Tuhan sangat terperinci, telus dan diakui oleh setiap pesalah sebagai adil dan layak mereka dihukum. Hanya yang benar-ben...