Pakatan Rakyat - Sedang Dan Akan Berpecah?
Isu-isu yang berlegar di dalam parti komponen PR semakin banyak dan membesar. Masihkah PR kekal dengan 52 peratus undi popular sekarang ini? Walaupun PR kekal 'bersatu' dalam menghadapi kerajaan BN, kerapuhan perpaduan dalam sesama PR semakin terasa. Momentum 'kemenangan' yang dialami sebelum ini semakin berkurangan. Adakah dengan 'bersuluknya' Dato' Seri Anwar di penjara selama 5 tahun nanti akan terus membuatkan PR terus merosot? Ini adalah suatu hal yang menarik untuk diperhatikan. Tambahan pula ketiadaan Karpal Singh di saat begini tidak juga meredakan goncangan isu hudud dari terus berlaku. Ramai pula tokoh DAP yang saling menolak hudud yang diperjuangkan PAS. Matinya Karpal Singh melahirkan lebih ramai tokoh 'pembangkang' di dalam PR. Kedatangan Presiden Amerika Syarikat juga dilihat tidak banyak memberi mata kepada PR. Ianya lebih mempromosi Perdana Menteri dan kerajaan BN. Rakyat bawahan terus terhibur dengan lakaran sejarah heb...