Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - PKR

Hari-hari Terakhir Seorang MB Selangor.

Imej
Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB). Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri. Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.   Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi. Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar...

Sila Tonton Interview TV3 Jam 9 Malam ini

Imej
    Pergolakan politik tanah air semakin bercelaru dan haru biru. Simpang siur jalannya sudah semakin sukar untuk ditebak. Jika ianya benang, keadaannya semakin kusut dan rumit. Sekurang-kurangnya itulah tangapan kebanyakan masyarakat awam.  Sebaliknya bagi para pemain politik di sebalik tabir, situasi sekarang masih dalam percaturan mereka. Mereka tidak terlepas atau tersasar. Fokus mereka dalam meragut keuntungan sentiasa wujud. Mereka siap siaga 24 jam sehari semalam. Kalau perlu tidak tidur malam, orang politik adalah juaranya asalkan matlamat dapat dicapai. Khabar terbaru yang kita dapat ialah malam ini, akan ada kejutan terbaru dalam arena politik tanah air. Dalam media internet sudah hebuh diperkatakan tentang tekateki terkini apa yang akan terjadi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Ianya berhubung dengan isu MoU untuk penstrukturan semula air di Selangor yang menjadi isu sejak ia ditanda tangani. Sebenarnya banyaklah isu...