Isu Boikot Barangan US-ISRAEL
KREDIT UNTUK BLOG INSAN INSAN PENDAKWAH Baru sahaja pagi tadi, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita serangan bertali-arus rejim zionis terhadap Gaza. Serangan ini telah mengorbankan antaranya Ketua Ketenteraan Briged Izzuddin Al-Qassam, as-syahid Hassan Al Jabary, mengikuti langkah para syuhada yang telah membasahkan bumi Palestin dengan darah perjuangan mereka seperti Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz Rantisi. Di kala peperangan tercetus di tebing barat, timbul polemik dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kewajipan memboikot barangan Israel dan syarikat yang menyokong mereka. Sudah tentunya antara syarikat yang menjadi kontroversi ialah McDonalds dan Starbucks. Ada yang menyokong, ada yang mempertikaikan. Maka di sini saya berharap tulisan saya mampu untuk memberi pencerahan kepada sahabat-sahabat di luar sana mengenai isu ini. Kenapa Boikot? Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif: Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar “franchisee ...