Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH GEMPAR

Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB

Imej
PETALING JAYA: Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet. Akaun Facebook yang dipercayai milik ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah. Akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Imashima Lola’ dengan gambar profil ‘selfie’ wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif. Antara komen pengguna Facebook di akaun milik wanita yang dipercayai ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah. Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis. Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigr...

Meninggal Ketika Sujud

Imej
Saturday, 3 August 2013 ‘Pergi’ paling sempurna Bangi: “Ada jemaah terdengar suara arwah seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.” Demikian kata Pengerusi dan juga imam Surau Al-Mujahidin, Bandar Baru Bangi, Mohamad Sukor Atan, 52, ketika menceritakan kematian siak surau itu, Ruslan Ishak, 61, dalam keadaan bersujud ketika menunaikan solat sunat selepas fardu Zuhur, kelmarin. Gambar kematian Allahyarham dengan pengakhiran yang disifatkan sangat mulia itu mula tersebar melalui laman sosial facebook, petang hari yang sama dan menarik perhatian ramai. Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas. JEMAAH surau membaringkan jenazah Ruslan sementara menunggu kakitangan Hospital Serdang tiba. “Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bu...

Bongkar Kubur - 16 Jasad Masih Sempurna

Imej
Saturday, 9 November 2013 Segamat : 16 jasad ditemui sempurna Segamat: “Ketika hayatnya, arwah bapa saudara tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan. “Pernah sekali dia diusung ke masjid untuk solat berjemaah walaupun dinasihatkan supaya hanya untuk bersolat di rumah,” kata Azli Lisot, 49.   Azli waris kepada Allahyarham Rahmat Raub, 65, yang jasadnya antara 16 jasad didapati masih berkeadaan sempurna ketika kerja menggali dan memindahkan 150 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, dilakukan. Azli yang berada di tanah perkuburan sejak 6 November lalu untuk melihat proses penggalian dan pengebumian semula dilakukan berkata arwah bapa saudaranya itu meninggal dunia pada 2006 akibat sakit tua. “Saya terkejut apabila mendapati jasad arwah masih dalam keadaan baik. Arwah adalah imam surau di kampung ini dan sentiasa berjemaah di surau atau masjid./~mymetro    ...

GEMPAR !!!! Penemuan Patung Batu Besar Di Dalam Laut Di Mesir

Imej
Penemuan ini adalah secara tidak sengaja. Pakar arkeologi sebenarnya mencari sebuah kapal yang telah tenggalam sekitar tahun 1800M di Mesir. Tetapi, mereka terjumpa beberapa patung batu yang sangat besar. Ianya boleh dikira satu penemuan 'kota peninggalan sejarah' yang ditemui di dalam Laut Merah. Semua bahan sejarah ini berada dalam keadaan sangat baik selain ditutup oleh sedikit selut pada 'badan' mereka.   Dari manakah semua patung ini datang? Kenapa ditenggelami air dan berbagai persoalan belum ada jawapannya. Justeru, adakah ianya boleh memberi maklumat berguna atas peristiwa sejarah di zaman Firaun dan Nabi Musa as?    Sila saksikan gambar gambar yang sempat mereka rakamkan. Penemuan batu setinggi 16 kaki. Tulisan holografi yang masih elok tercatat pada batu. Penemuan ini sangat menggembirakan para sejarawan kerana mungkin akan ada pengajaran dari sejarah yang telah mereka kaji sebelum ini. Pekerja sedang membersihkan patung ini. Masih berada dala...