Air Zam-Zam Air Ajaib Di Dunia
Pemilik Istana RSA Mekah, Dr Muhanddis Salim merupakan seorang saintis pakar dalam bidang AIR. Seperti termaklum, air lebih mahal di Saudi. Penduduk Mekah mendapatkan air untuk memasak, mandi dan membasuh dengan membelinya dari pembekal. Setahu Pak Lang, Kota Mekah tidak ada sistem saluran air terus rumah ke rumah seperti di negara kita. Sejak dulu, penghuni Mekah mendapatkan air melalui pembekal. Zaman 50an, harga air hanya beberapa rial sahaja untuk sebulan di mana dikatakan para badwi akan menghantarnya ke rumah-rumah setiap hari. Air untuk keperluan harian yang bukan untuk diminum diambil dari sumber lain dan dimasukkan ke dalam tin lalu mengedarkannya - dengan cara memikulnya dari rumah ke rumah!! Jadi istana penginapan kami ini memerlukan air setiap 3 hari sebanyak 1 lori yang harganya SAR150.00. Jika masa mencuci kolam renang di bahagian bawah, 2,3 lori diperlukan untuk mengisinya. Semua keperluan termasuk menyiram pokok dan membersih sangkar dan kand...