Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG SMARTUSAHA

12 CARA HEBAT HADAPI 2015

Paparan berikut diambil dari blog SMARTUSAHA Tahun baru hampir tiba. 2015 . Setiap kali tiba tahun baru, semua orang akan mula merencana impian, azam dan matlamat sempena tahun baru. Ia satu usaha yang bagus. Namun pada tahun 2015 khususnya, ia adalah tahun yang lebih berbeza terutama dari sudut ekonomi. Walaupun kita tidak perlu tahu secara mendalam mengenai ekonomi dunia, tetapi kita perlu tahu serba sedikit apa yang sedang dan akan dijangka berlaku. Kita tidak perlu meramal, tetapi cukup dengan melihat apa yang sedang berlaku sekarang seperti GST yang akan bermula April 2015 dan yang terkini subsidi petrol telah ditarik. Sedikit sebanyak ia memberi kesan terhadap kos kehidupan. Dengan adanya sedikit pengetahuan semasa, ia membantu kita untuk merancang kewangan diri, bisnes dan keluarga. Sudah ada beberapa syarikat besar telah membuang pekerja di penghujung tahun 2014 kerana telah melalui saat genting pada tahun 2014 selain mahu bersedia dengan situasi yang sukar di...