Hendak Tahu? Kenapa Utusan Malaysia Semakin Dilupakan Orang
Ledakan teknologi maklumat menjadikan sesuatu yang benar dilihat salah atau suatu yang salah ditonjolkan benar. Kadang-kadang usaha menipu dengan mudah terdedah dan diketahui umum dengan cepat. Dalam banyak hal, apa saja yang berlaku akan dapat diketahui hakikat sebenarnya melalui kecanggihan teknologi maklumat ini. Masyarakat hari ini sangat sensitif dengan kebenaran dan fakta. Tidak mudah mengelabui masyarakat di era internet ini. Orang-orang tua di kampung pun sudah tahu 'klik' di alam siber. Justeru apabila akhbar harian memaparkan sesuatu tajuk, tidak semuanya diterima sebagai benar. Ada tapisan di minda bawah sedar untuk tidak terus mempercayainya. Keadaan ini berlaku berterusan dan masyarakat akhirnya terbiasa untuk menolak terlebih dahulu apa yang disampaikan oleh akhbar yang sebegini. Malah ramai yang membacanya secara terbalik!! Terbaru Utusan Malaysia tersilap menyangka masyarakat boleh diperbodohkan. Seolah-olah apa saja yang mereka paparkan mampu ditelan...