Piala Dunia: Hasil Dakwah - Empat Orang Peminat Bola Memeluk Islam Di Brazil
Dicatat oleh ustazcyber di 9:34:00 PTG Setidaknya ada empat orang dari para peminat sepak bola Piala Dunia (Piala Dunia 2014 di Brazil) yang telah memeluk agama Islam. Mereka dikatakan tertarik dengan ajaran islam setelah membaca mengenai Islam ketika meneroka alam siber. Menurut ketua Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam di Brazil, Khaled Rizq Taqiyudin, dalam sebuah kenyataannya bahawa pertandingan Piala Dunia telah di buka di negaranya pada hari Khamis lalu, dan kempen yang bertajuk “Kenalilah Islam” telah berhasil menyampaikan Islam ke ribuan peminat bola yang datang. Dewan Tertinggi Imam dan Hal Ehwal Islam di Brazil, memutuskan langkah memperkenalkan Islam. Brazil menjadi fokus dunia dan mereka mahu mengambil kesempatan di atas keadaan itu untuk memperkenalkan Islam. John Fontaine, menulis di akaun Facebooknya,”dua orang telah memeluk Islam selama hari-hari pertama piala Dunia di Brazil.” Ia menambahkan,”dua orang tersebut telah men...