Kisah Pondok Pak Ya Terbakar
27 Korban Kebakaran Pondok Pak Ya Diingati YAN: Selepas lebih dua dekad, keluarga 27 pelajar Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah yang terkorban dalam kebakaran pada 1989, berkumpul buat pertama kali semalam bagi memperingati kejadian itu. Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 Sept itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung bersama 27 penuntut, manakala enam berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan kecederaan lain termasuk patah pinggang. Pengelola Program Memperingati 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 1989, Mohd Fikri Abd Razak berkata majlis itu bertujuan mengumpulkan buat pertama kali keluarga semua mangsa yang terlibat. "Hampir tiga bulan saya dan tiga rakan Alumni (Pondok Pak Ya) lain mencari 27 keluarga mangsa tragedi tersebut kerana alamat yang ada tidak lengkap," katanya kepada Bernama, di sini. Beliau berkata pada majlis itu mereka berpeluang bertemu semula deng...