Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG ASPAN ALIAS

Anwar Sudah Mula Tunjuk 'Kuasa' Di Selangor - Beri Arahan Kepada MB Selangor

Dari Blog Pak Aspan : Anwar arah MB Selangor cungkil Khalid, dan Khalid pula menjawab, "silakan! suit yourself" Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu. PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu. Di antara yang akan dibongkarkan ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu. Kenyataan Anwar ini merupakan satu kenyataan untuk membina satu alasan...

Kerana Terlalu Berpencak Dan Berkeris, Akhirnya Menikam Diri Sendiri

Tindakan Tuanku Sultan untuk menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina walauipun bersyarah di sana sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum. Dalam isu ini hanya PKR dan PAS sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada Khalid ...