Kisah Seram Penjara Pudu
Biarlah Pak Lang cerita tentang penjara pula. Ini mungkin berpunca dari sembang-sembang Pak Lang dengan seorang pegawai penjara di utara. Rupa-rupanya banyak perkara di sebalik tembuk penjara yang kita tak tahu. Ambillah iktibar wahai para remaja agar anda tidak terjerumus ke lubang pintu neraka dunia ini.... (Ya Allah - dengan berkat RasulMu yang mulia - lindungilah zuriat keturunan kami daripada gejala yang merosakkan!!) Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, Penjara Pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan? Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibili...