Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BOIKOT

Suasana Demo Di Depan Premis MCDONALD Di Seluruh Malaysia

Imej
Kempen boikot yang dijalankan secara besar-besaran pada Jumaat, 8 Ogos, boleh dikatakan sangat mendapat sambutan dan memberangsangkan. Walaupun mesej boikot tersebut hanya dihebahkan melalui mesej Whatsapp, SMS dan Facebook, kempen boikot tersebut mendapat sambutan di seluruh Malaysia. Walaupun mesej berkenaan hanya meminta masyarakat tidak membeli barangan McDonald pada hari tersebut, ada juga yang membuat 'Demo Boikot McDonalds' bagi mengekpressi kan boikot mereka terhadap barangan McDonald. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial di kawasan kempen boikot yang mereka sertai sepanjang kempen memboikot McDonalds.   McDonald Bertam, Kepala Batas McDonald City Plaza, Alor Setar McDonalds Kuala Terengganu McDonalds Sandakan McDonalds Segamat McDonalds Bangsar McDonalds Ampang McDonalds Batu Pahat McDonalds Habour Mall Sandakan McDonalds Andalas & Pandaraman Klang   McDonalds Melaka - Raya Ke-6 (Kredit: Abdullah Salleh) ...

Kuasa Pengguna Di Malaysia Semakin Menekan MCDONALD

Imej
SHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi. Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi. Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan. Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman. "Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam. Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pel...