Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISTERI SOLEHAH

Inilah Sifat Kebanyakan Isteri Yang Tidak Disedari Ramai Suami

Imej
Suami Menitik Air Mata Kerana Isterinya (Gambar) Apa yang seorang isteri harapkan dari seorang suami? Sudah tentu dia mengharapkan suami yang mampu susah senang bersama serta mampu memberikan sokongan moral kepadanya ketika di dalam kesulitan. Suami yang ideal adalah seorang lelaki yang mampu menjadi rakan baik isterinya, mampu menemani isterinya tak kira saat bergembira atau saat berduka. Bukan mudah untuk menjadi suami yang sebegitu, tetapi ianya tidak mustahil jika suami memahami kehendak serta perasaan isteri. Ada yang anggap perempuan susah untuk di mengerti. Ada juga yang berkata bahawa perempuan itu sangat membahagiakan jika kena dengan caranya. Bagaimana untuk bahagia bersama didalam sebuah rumahtangga? Memahami, saling membantu, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai psangan bahagia. Sudah tentu cinta yang pudar menjadi perkara utama untuk sesebuah keluarga menjadi bahagia. Tanpa cinta yang tia...

Dialog - Persepsi Sebahagian Suami Terhadap Isteri Mereka

Kaunselor:  Apakah pekerjaan Encik Zainal? Encik Zainal:  Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank. Kaunselor:   Halimah pula? Encik Zainal:  Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja. Kaunselor:  Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik Zainal:  Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja. Kaunselor:  Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?? Encik Zainal:  Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30  pagi. Kaunselor:  Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?? Encik Zainal:   Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja. Kaunselor:  Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa? Encik Zainal:  Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.  Halimah kan tak bekerja. Kaunselor:  Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan? Encik Zainal:   Balik berehat, kerana seharia...

10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah

Imej
Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat. Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria. Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya. Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya ...