Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GERHANA MATAHARI

Betulkah Tengahari Ini Akan Berlaku Gerhana Matahari?

Dalam paparan sebelum ini, ada menyatakan hal gerhana matahari tengahari ini. Maklumat terkini yang Pak Lang dapat, ianya telah berlaku semalam iaitu 20 Mac. Betul atau tidak kena tengok tengahari inilah.  Apapun, fenomena cuaca panas sekarang, Allah gilirkan untuk bumi Malaysia setelah bulan-bulan sebelum ini tenggelam dek banjir. Begitulah yang Allah sentiasa Allah perlakukan pada hamba-hambaNya agar semua kembali insaf dengan kekuasaanNya. Sepatutnya hati jiwa kita tidak putus dari merasakan takut padaNya. Dia yang maha kuasa boleh lakukan apa sahaja pada kita. Sekarang bumi Malaysia sedang panas dengan berbagai isu. Siapa yang boleh menyejukkan bumi ini? Jawabnya kitalah umat Islam yang Allah janjikan kemenangan di atas muka bumi jika kita membina rasa takut padaNya dengan sebenar-benar takut.  Apa jua fenomena akan terus terjadi - dalam berbagai perkara - cuaca, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan sebagainya.  Sama-samalah kita me...

Apa Itu Fenomena Ekuinoks?

Imej
Fenomena Ekuinoks mulai tengahari esok 20 Mac 2015 gambar hiasan KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks - yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa - bermula tengah hari esok. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mansor berkata fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan. "Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. "Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang media selepas penstriman secara langsung Fenomena Gerhana Matahari Penuh di Planetarium Negara ...

Fenomena Ekuinoks - Solat Gerhana Matahari Tengah Hari Ini!!

Imej
Kemuncak Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di Kepulauan Faroe di Lautan Norway semalam. KL - 21 Mac 2015: Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks bermula tengah hari ini ketika matahari melintasi garisan Khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya. Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, matahari dari hemisfera Selatan bergerak ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan. Umat Islam ada kegiatan istimewa, sila buat solat gerhana matahari. Solat Gerhana.  Hukumnya: Sunat Muakkad. Cara Solat:  Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian. Cara mengerj...