Muhasabah Umat Islam Di Akhir Zaman - Penghayatan Ramadhan
Umat akhir zaman dijanjikan dengan kemenangan yang akan berlaku seperti apa yang pernah terjadi di zaman Baginda Nabi saw. Walaupun begitu, sebelum zaman yang sebegitu bermakna muncul di depan mata, dunia Islam mengalami zaman fitnah yang panjang. Inilah yang sedang berlaku di hari ini. Hal keadaan umat Islam tiada jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Bahkan dari segi kehidupan dunia, nyata sekali orang-orang bukan Islam mengatasi umat Islam. Sedangkan ALLAH berjanji bumi ini hendak diserahkan pada hamba-hambaNya. Firman-Nya: Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauhul Mahfuz, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.(Al Anbiya': 105) Tetapi mengapa janji ALLAH itu belum pun terjadi? Jawabnya ialah kerana kita umat Islam tidak mengikut petunjuk Al Quran. Kita ambil kulit lahir dari Al Quran tetapi tidak mengambil isinya. Kita hafal dan syarahkan ayat-ayat Al Quran tetapi kita tidak beramal dengannya. Sebab itu kita tida...