Apakah Maksud Dan Huraian Tentang Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat
Hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Allah menjadikan kita sebagai hambaNya dan melantik kita sebagai khalifahNya di atas muka bumi. Seluruh pelosok bumi diamanahkan kepada kita sebagai 'wakilNya' memastikan berlakunya perintah Allah dan laranganNya dipatuhi umat manusia. Justeru hidup mesti berpaksi kepada terbinanya hubungan kita sebagai hamba, dengan Allah selaku pencipta. Begitu juga hidup mestilah berpaksikan kepada harmoninya hubungan kita sesama manusia - sesuai dengan peranan kita menjadi khalifah Allah. Untuk itu satu mekanisma perlaksanaan perlu kita tempuhi agar mencapai maksud yang sebenarnya daripada kewujudan kita. Maka sebagai orang yang beriman kita kena akui bahawa Allah menuntut kita 'bergerak' untuk 'sampai' padaNYa. Konsep, cara dan tindakannya sudah Allah gariskan di dalam Al-Quran. Tidaklah sukar memilih jalan yang benar asalkan ianya bertitik tolak daripada azam mahu mendapatkan keselamatan dunia akhirat. Jadi mekanisma yang d...