Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH TELADAN

Gempar Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan Atas Jalan Raya

Imej
Orang ramai mengutip cebisan ayat Al-Quran yang bertaburan atas jalan raya. LABIS, 23 Jun - Pengguna jalan raya di jalan Yong Peng-Segamat berhampiran sebuah bank di sini gempar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebiasan ayat suci al-Quran. Seorang pekerja pembersihan bank itu, Wahid Md Elah, 55, berkata dia menyedari kejadian itu dalam pukul 12 tengahhari ketika dia sampai ke tempat kerjanya itu selepas menghadiri hari terbuka sekolah anaknya. "Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil. "Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya sebagaimana lapor Sinar Online . Dia juga menzahirkan perasaan terkilan atas kej...

Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Imej
Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah. Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui. KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT 1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. 2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. 3. Terpegun dan ...

Sudah Ditemui Kisah Menginsafkan Yang Dicari Selama ini

NAFSU TERSEMBUNYI Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita: Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.  Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.  Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami. Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku. Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.” Di tengah perjalanan pulang,  aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.  Dengan nada yang sayu dia memohon: “Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang m...

Kisah Duit 50 Sen Yang Menyentuh Hati!!

Imej
Kringggg..  'Terima kasih cikgu!" Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. "Awak tak rehat ke Alif?" Ujar saya kepada pelajar ni. "Tak cikgu." Jawab Alif ringkas. "Kenapa Alif tak rehat?" Jawab Alif; "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu!" Alif tertunduk malu. Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya. Saya tanya lagi, "Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantin la ye?" "Oh hari Jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa...

Warkah Misteri Malam Raya

Karya: Muhammad Rusydi  ( Rusydee Artz ) Malam raya. Ibu mengetuk pintu bilikku. Menghulurkanku sepucuk surat. “Apa ni, mak?” “Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.” Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat.  Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali.  Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya. “Assalamualaikum. Maaf mengganggu.  Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?” Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya. “Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama ...

Baca Kisah Warga Bangladesh Hidup Di Malaysia 10 Tahun

Imej
Umum tahu, kebanyakan warganegara Bangladesh datang ke Malaysia hanya mahu mencari makan. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana peritnya kehidupan mereka di negara asal? Mufarwa Farid berkongsikan kisah pengalamannya berbual dengan seorang warga Bangladesh yang telah menetap 10 tahun di Malaysia. Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia. Tetapi setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia. Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad Mubarak Khan. “Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya. “Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh....

Nilai Kebaikan Seorang Majusi - Tingginya Nilai Menolong Orang Susah Dan Anak Yatim Di sisi Tuhan!!

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama?" Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya: “ Wahai Abdullah , apabila engkau kembali ke Baghdad , pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya.” Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjakan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan mencari Bahramal Majusi. “Wahai Bah...

Kisah Sedih : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Imej
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung hari tu, tapi yang nie stok baru – harga...

Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

Imej
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan. Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela ...

Masya Allah!! Kisah Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut!!!

Imej
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya...