Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SULTAN BRUNEI

Latar Belakang Menantu Sultan Brunei Yang Ramai Tidak Tahu

Imej
Pada minggu lalu, Brunei menjadi perhatian antarabangsa apabila salah seorang anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah iaitu Pengiran Abdul Malik telah melangsungkan perkahwinannya secara gilang gemilang. Pasangannya, Dayangku Raabi’atul Adawiyah binti Pengiran Haji Bolkiah turut menjadi perbualan ramai apabila tampil mempersona dengan persalinan mewah termasuk sepatu bertatah berlian dan perhiasan dari emas serta permata. Namun, selain dari kecantikkannya, tak ramai yang tahu bahawa Rabiaatul pernah menyertai pertandingan ratu cantik muslimah dan dinobatkan sebagai qariah terbaik dunia. Menurut laporan, pada tahun 2013, Adawiyah pernah menyertai pertandingan ‘Miss World Muslimah’ dan berjaya merangkul gelaran ‘The Best Muslimah Al-Quran Recital’ setelah berjaya memperdengarkan bacaannya dengan lancar. Ia turut diakui sendiri oleh suaminya, Pengiran Abdul Malik dalam satu luahannya terhadap Adawiyah. Jelasnya lanjut, isterinya itu sememangnya memi...

Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas Ketika Pengiringnya Kemalangan

Imej
Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila Baginda sendiri mengawal lalu lintas apabila  dua orang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya. Beliau bertindak bijak menguruskan trafik ketika kedua-dua pengiring yang cedera itu diberikan pertolongan cemas oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.    Kemalangan berlaku selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita. Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu kemudiannya telah dikejarkan ke hospital.   Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kesudian Baginda keluar dari kereta diraja dan mengawal keadaan lalu lintas adalah suatu contoh yang baik. Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemuliaan jiwa yang ditunjukkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan. Ianya akan menjadi satu didikan yang sangat berkesan untuk semua rakyat bersikap prihatin da...