Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KOTA MEKAH

Gambar Buah-Buahan DiRangkaikan Menarik Di Sebuah Kedai Di Mekah

Imej
Kota Mekah - kota yang dijanjikan keamanan dan kemakmuran. Ianya kota ajaib kerana awalnya hanya sebuah lembah yang kering kontang. Penuh dengan hutan batu, tetapi kuasa Allah yang maha ajaib mengubahnya menjadi kota berkat. Limpahan rezekinya sehingga kini terasa pada siapa sahaja. Ianya kota yang paling ramai dikunjungi manusia di atas muka bumi.  Kali ini sekadar membuka fail lama, Pak Lang titipkan gambar-gambar sebuah dekorasi buah-buahan menarik di sebuah kedai menjual jus buah-buahan di kota Mekah. Gambar diambil ketika Pak Lang berada di Mekah selama 10 bulan tahun 2012/2013.

Gambar Buah-buahan Dirangkaikan Dengan Bentuk Unik

Imej
Lagi gambar-gambar kedai jus buah-buahan di Mekah:

Mekah Yang Dirindui, Mekah Yang Disayangi

Imej
Berangkat Haji atau Umrah belum lengkap rasanya bila kita belum mengenal kota Mekah, sebab kota Mekah memiliki banyak cerita yang unik dan menarik yang berkaitan langsung dengan sejarah perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW. Sayang rasanya bila melewatkan kesempatan yang berharga ketika di kota Mekah tapi belum mengenal sejarah kota Mekah, kota seribu kisah Nabi Muhammad. Sahabat, Kota Mekah terletak di bahagian Barat Saudi Arabia di tanah Hijaz. Gunung-gunung bertebaran mengelilingi Kota Mekah, terutama di sekitar Kaabah. Di sebelah Timur Masjidil Haram terdapat dataran rendah, yaitu di sekitar perkampungan Ma’la, di dalamnya terdapat tempat-tempat bersejaran, antara lain Jannatul Ma’la, masjid Jin, Dua masjid Syajarah, Maulidul Rasul (rumah tempat Nabi Muhammad dilahirkan), masjid Kucing, dan lain-lain. Para jamaah haji dan umrah tentu akan melalui tempat-tempat ini ketika melakukan ziaran atau city tour kota Mekah. Tentu kita semua sudah sangat hafal dan tahu bahwa Nabi Muha...

Keadaan Masjidil Haram Makkah Terkini.

Imej
Membangun masjid, memakmurkan dan menyediakan untuk orang-orang shalat termasuk amal yang utama. Allah akan memberikan kepadanya pahala yang agung. Ia termasuk shadaqah jariyah yang pahalanya berlanjut hingga seseorang telah meninggal dunia. Allah berfirman: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ -  سورة التوبة  18 “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS At-Taubah: 18) Nabi sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: مَنْ بَنَى مَسْجِدًا بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ  “Barangsiapa yang membangun masjid, ma...

Mekah Dilanda Banjir

Imej
Hujan lebat di barat Arab Saudi telah menyebabkan banjir besar di Mekah lewat Khamis, 8 Mei, 2014. Bagi sesiapa yang pernah ke Mekah, Kota Mekah hanya menerima hujan beberapa kali sahaja dalam setahun. Keadaan muka bumi yang kering kontang menjadikan penduduknya sangat menghargai hujan yang turun.  Jika kita di Mekah ketika hari hujan, kita akan menyaksikan warga Mekah bergembira dengan hujan yang turun. Walau selebat mana sekali pun - bahkan kalaupun banjir, cuaca sedemikian sangatlah disyukuri. Mereka 'bermain hujan' sepuas hati. Mereka yang berada di jalanan, tidak akan berlari mencari tempat teduh sebaliknya meneruskan berjalan kaki dengan tenang dan membiarkan diri mereka basah kuyup. Ianya satu kebanggaan dan kepuasan dalam diri. Mereka yang mengerjakan tawaf dan solat di sekeliling Kaabah sedia untuk terus basah kuyup sambil meneruskan ibadah mereka. Pada sebahagian insan, hujan di Kota Mekah adalah rahmat dan kasih sayang Allah untuk para tetamuNya!!