PANDUAN MENUJU JALAN PULANG Forum Perdana Ehwal Islam sempena Israk & Mikraj
Syukur kepada Allah SWT kerana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memutuskan untuk mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam di Bandar Country Homes, Rawang. Ianya satu inisiatif yang sangat wajar dalam membantu meningkatkan kefahaman kami semua di GISB. Tajuk Forum "Panduan Menuju Jalan Pulang" sangat signifikan dengan apa yang kami sedang lalui. Program malam esok adalah anjuran JAIS (Bahagian Dakwah JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak) dengan kerjasama GISB HOLDINGS Sdn Bhd. Yang dijangka hadir ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Bagi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, YB Ustaz Sallehen Mukhyi dan Pengarah JAIS, Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad. Setakat ini persiapan program sudah boleh dikatakan selesai. Kalau pun masih ada, hanya beberapa perkara yang sedang disiapkan malam ini dan pagi esok seperti hiasan pentas, penyusunan set sofa serta kerusi dan penyediaan barangan cenderahati. Jamuan untuk semua yang hadir (dijangka seramai...