Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEHIDUPAN

Hargai Nilai Sebuah Kehidupan

Imej
Tulisan:  Mohamad Zaki Hj Abdul Halim “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [Surah al-An’am: 153] Sifat manusia yang lemah dan kerdil ini secara fitrahnya akan mudah bosan dengan perkara-perkara yang dia tidak suka dan jahil tentangnya. Apa yang menyebabkan tidak suka? Mungkin kerana tidak berminat dan tidak kena dengan cita rasanya. Tetapi manusia akan kembali suka sekiranya dia mengetahui perkara tersebut ada kepentingan dan kebaikan untuk dirinya. Untuk itu kita harus bermula dengan perkara yang paling asas dalam kehidupan ini, iaitu mengetahui kenapa kita diciptakan dan apakah kepentingannya? Mengimbau kembali bagaimana proses kejadian seorang insan selama lebih kurang sembilan bula...

Pernah Tinggal Di New Zealand, Lelaki Ini Menjumpai Satu Tip Untuk Tampil Ceria Di Tempat Kerja

Imej
Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz , pakar bidang Al-Quran yang membantu memastikan masyarakat baca Al-Quran dengan kualiti yang Rasulullah sukai melalui tekniknya yang simple di TigaSeminar.com JIKA ANDA ‘STRESS’ DI TEMPAT KERJA, TIPS INI BOLEH ‘MENYEJUKKAN’ ANDA Ketika menetap di New Zealand tiga tahun lepas, saya sering ke New Zealand post office yang terletak di Upper Riccarton, Christchurch. Selalunya saya sampai agak lewat. Jam 4.45 petang baru nampak muka sedangkan lagi 15 minit lagi pejabat pos akan tutup. Selalunya saya sering berurusan dengan seorang pekerja perempuan. Berdasarkan penampilan, umurnya sekitar 50 an. Agak berumur bagi kerja seberat itu. Yang menariknya adalah perilaku beliau. Wajahnya asyik tersenyum sahaja. Beliau akan melayani saya dengan teguran manis ‘Good day Mike. How can i help you?‘ sambil tangannya menghulurkan candy kepada Aliya, anak saya yang ketika itu mencecah 2 tahun setengah....

Kesusahan Orang Senang

Imej
Semua orang mahu hidup senang. Kalau pun tidak semua orang tetapi majoriti manusia mahu hidup senang. Kesusahan hidup telah dianggap sebagai musuh utama sehingga ada pihak yang isytihar perang terhadap kemiskinan. Begitulah takutnya manusia dengan kesusahan. Sangkaan umum bahawa orang yang hidup senang tidak mengalami sebarang kesusahan adalah tidak tepat dan satu tanggapan yang silap. Orang yang hidup senang juga mengalami berbagai kesusahan. Cuma bentuk kesusahannya sahaja yang berbeza. Tapi dari segi perasaan susah, tetap sama malah kadang-kadang perasaan mereka jauh lebih susah berbanding dengan orang yang hidupnya benar-benar susah.  Sepatutnya untuk menceritakan kesusahan orang senang, lebih terasa kalau orang yang senang itu bercakap sendiri. Orang lebih percaya daripada kita yang belum dan tidak pernah hidup senang. Tetapi dalam pengamatan, pengalaman dan penilaian kita terhadap realiti kehidupan orang senang, kita juga boleh dan dapat mengesan serta merasai ...