Penternak Ikan Di Selangor Turut Jamu Patin Makan Babi
9 JUL: Rupa-rupanya bukan pengusaha sebuah kolam ternakan ikan air tawar di Ipoh, Perak sahaja yang menjamu ikan patin yang diternaknya dengan babi, malah beberapa pengusaha kolam ternakan ikan patin di Selangor juga turut berbuat demikian. Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa penternak ikan patin di negeri itu yang didapati menggunakan babi sebagai makanan kepada ikan yang diternak dan tindakan undang-undang akan diambil oleh pihaknya terhadap penternak terbabit. “Pemeriksaan telah dibuat di kolam-kolam ternakan seluruh Selangor susulan penemuan bahan khinzir di sebuah kolam ikan air tawar di Perak yang dimuat naik dalam laman Facebook beberapa hari lepas. “Melalui pemeriksaan itu, kami dapati terdapat beberapa pengusaha kolam yang tidak berdaftar dengan jabatan, disyaki memberi makan unsur babi kepada ikan yang diternak,” kata Mohd Sufian dalam satu kenyataan pada Rabu. Ekoran dari itu, kata Mohd Sufian, pihaknya a...