Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TENANG DENGAN DUNIA

Bukti Cinta Kepada Allah - Hati Menjadi Gementar Dengan Tuhan, Tenang Dengan Dunia!!

Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kita ucapkan. Adakah cukup sekadar kita melafazkan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak. Apabila kita melafazkan cinta, maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan. Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu disertai dengan bukti. Lalu bagaimana bukti itu dapat diperlihatkan? "Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia..." Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya. Hatinya tenteram dan bertaman bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa mengingati dan merindui Allah. Di dalam Surah Ar Ra'du ayat 28, Allah menjamin kepada manusia yang mengingatinya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...". Ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa bila hati kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan men...