Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMERDEKAAN

Sidang15 Ogos 1945 Dr Burhanuddin PM Tanah Melayu.

Imej
Dr Burhanuddin Al Helmy KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy (gambar) apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka. Tokoh PAS itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar. Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu. Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada 17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah. "Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kem...

Kenangi Juga Para Pejuang Kemerdekaan Yang Bukan UMNO

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata? Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian. Semasa perang dunia ke-2...