Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DR AZIZAN OSMAN

Salam 1 Rabiul Awal 1436H

Imej
oleh Azizan Osman pada 23 Disember 2014 Salam 1 Rabiul Awal 1436H, bulan kelahiran seseorang yang disebut sebagai Rahmatalill A’lamin iaitu baginda Rasulullah saw. Seorang yang dimuliakan oleh semulia-mulia oleh Allah swt sebagaimana disebut di dalam Al-Quran sebelum sesiapa pun memuliakan baginda Rasulullah saw. Sesungguhnya Allah swt dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas baginda saw, wahai orang yang BERIMAN, berselawatlah ke atas Rasulullah saw:- Allahummassolli wa sallim wa baarik alaih wa a’la alaih. Betapa kita berusaha memuliakan baginda, kita tidak akan mampu selain mencuba buat sehabis mungkin. Rasulullah saw adalah satu rahmat sekalian alam- Rahmatan Lil A’lamin dan sebaik-baik manusia. Segala masalah hari ini wujud kerana kita tidak mendekati, mengenali, menghayati serta mencintai baginda Rasulullah saw dan apa yang dibawanya. Kita risau masalah ekonomi tetapi kita tidak risau masalah jatuhnya tahap kecintaan kita serta keluarga k...

25 Panduan Memulakan Perniagaan

Imej
oleh Azizan Osman pada 05 November 2014 Artikel ini dipetik dari Majalah AO Tribe Keluaran September . 1- Menilai Diri Sendiri Tidak semua orang mempunyai kualiti potensi diri yang sama yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Jika anda kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang usahawan, jangan risau – luangkan masa untuk menimba ilmu yang tepat melalui pembacaan, seminar, kelas ataupun cari mentor untuk dijadikan panduan. 2- Membangunkan Idea Jangan memulakan perniagaan kerana ia merupakan salah satu tren terkini dan menganggapnya ia dapat memberi pulangan wang yang lumayan jika dikomersialkan. Mula membangunkan satu konsep idea perniagaan yang anda minati dan mempunyai pengalaman terhadapnya. Ini memudahkan kerja anda, kerana anda sudah memiliki ilmu dan idea bagaimana hendak komersialkannya. 3- Penyelidikan Sebaik sahaja anda telah menetapkan idea, sekarang cuba fikirkan bagaimana perniagaan ini boleh menjadi kenyataan. Adakah produk a...

Kisah Remaja Berniaga 8 Tahun Hanya Membayar 'Yuran Kegagalan'

Imej
8 Tahun Gagal Dalam Bisnes Keluarga Dan Hampir Bankrap oleh  Dr Azizan Osman  pada 17 November 2014 Tiada Hasil Jualan Produk Dan Terpaksa Menanggung Rugi Assalamualaikum, saya Mohamad Qashrie Bin Md Noh berasal dari Johor. Umur baru 24 tahun. Kepakaran saya adalah dalam menghasilkan makanan sejuk dan beku berasaskan ikan. Saya bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Saya hanya seorang pelajar lepasan SPM yang tidak mempunyai kepakaran apa-apa pada peringkat awal saya menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan. Untuk makluman, saya telah mula menapak dalam dunia perniagaan ini sejak dari 2007 lagi iaitu dengan berbekalkan ilmu berkenaan ikan dan juga resipi daripada kedua orang tua saya. Di samping itu, syarikat yang telah diusahakan bertahun-tahun oleh orang tua saya hampir jatuh bankrap akibat daripada tiada hasil jualan produk dan juga terpaksa menanggung rugi pada waktu itu. Ilmu perniagaan dan pemasaran itu ada, tapi ia tidak di ‘upgrade’ dari masa ...

Hanya Mereka Yang Luar Biasa Yang Boleh Buat Perubahan

Imej
Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah? oleh Azizan Osman pada 26 November 2014 Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?  Jawapan saya:-  Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.  1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai ma nusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi. 2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begit...

Di Mana Ada Masalah Di Situ ada Peluang Kejayaan

Imej
Pak Lang tidak sempat paparkan bahan terkini sebab sibuk sangat ikuti kursus.... Layanlah dulu video berikut: