Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISU HALAL HARAM

Kenapa Pegawai Jakim Enggan Makan Cadbury?

Imej
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury enggan turut serta dalam sesi “Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam.” Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.” Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi. Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah. Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang ke...