Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ALLAH

Hujan Pun Ajaib - Allah Yang Maha Kuasa LagiLah Maha Ajaib!!

Imej
Hujan merupakan salah satu perkara terpenting bagi kehidupan di muka bumi. Ia merupakan sebuah prasyarat bagi kelanjutan aktiviti di suatu tempat. Hujan-yang memiliki peranan penting bagi semua makhluk hidup, termasuk manusia-disebutkan pada beberapa ayat dalam Al-Qur'an mengenai maklumat penting tentang hujan, kadar dan pengaruh-pengaruhnya. Maklumat ini, yang tidak mungkin diketahui manusia di zamannya, menunjukkan kepada kita bahawa Al-Qur'an merupakan kalam Allah. Sekarang, mari kita kaji maklumat-maklumat tentang hujan yang termaktub di dalam Al-Qur'an. Kadar Hujan Di dalam ayat kesebelas Surat Az-Zukhruf, hujan dinyatakan sebagai air yang diturunkan dalam "ukuran tertentu". Sebagaimana ayat di bawah ini: "Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur)." (QS. Az-Zukhruf, (43): 11) "Kadar" ...

Takut dan Sayang Allah, Penyelesaian Segalanya

Takut yang sebenar-benarnya ialah takut kepada Allah SWT. Takut kepada Allah bermakna patuh, menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kita akan selamat jika patuh kepada Allah dan Allah akan menolong walau dimana saja kita berada. Sayang yang sebenar-benarnya ialah sayang kepada Allah SWT. Janganlah menyayangi sesuatu atau seseorang melebihi sayang kita kepada Allah SWT. Allah sayang kita lebih daripada kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tidak memaksa kerana hidup ini adalah satu ujian. Ali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa . Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Selain itu, Allah SWT menugaskan malaikat Kiraman Katibin yang merekodkan perbuatan manusia. Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka a...

Wahai Anakku!!! Mari Bersama Allah

Wahai anak-anakku sekalian! Marilah kita bersama Allah. Hidup bersama Allah itulah ketenangan dan kebahagian hakiki. Ketenangan dan kebahagian adalah keperluan jiwa atau roh. Ia adalah fitrah manusia. Bagaimana untuk kita dapat bersama Allah? Allah telah berfirman di dalam Al Quran; “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” Sabar adalah salah satu sifat mahmudah. Jika sabar itu ibarat sebuah kediaman, maka sabar adalah sebuah istana tempat berkumpulnya para roh bersama Tuhannya, yakni Allah. Wahai anak-anakku! Sabar banyak peringkatnya. Sabar dalam melaksanakan perintah dan suruhan Allah adalah sabar peringkat permulaan. Mendisplinkan diri untuk menjaga dan melaksanakan segala perintah yang wajib dan memperbanyakan amalan sunat juga perlukan mujahadah. Tetapi peringkat ini lebih mudah berbanding peringkat seterusnya. Sabar dalam meninggalkan larangan Allah samada yang lahir mahu pun yang batin adalah lebih sukar dan bertambah sulit. Ramai orang boleh bersembahyang lim...