Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERNIAGAAN

Nama Bisnes Yang Unik - Pemuda Raih RM100,000 Sebulan Jual Roti Canai

Imej
Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur, Banda Aceh cukup dikenali warga tempatan. Banda Aceh: Bermodalkan RM30 dan ilmu membuat roti canai daripada seorang lelaki Bangladesh ketika bekerja restoran di Damansara Damai, Petaling Jaya, seorang pemuda Aceh kini tersenyum lebar apabila mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100,000 sebulan. Menariknya, kata Tommi Ramli, 37, antara tuah melariskan jualan adalah dia menamakan premisnya Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur sehingga melonjakkan populariti dan mampu membuka dua cawangan berbanding ketika memulakan perniagaan gerai kecil tepi jalan. Ketika ditemui di restoran utamanya di No 51, Jalan Teuku Umar, di sini, pemuda yang masih bujang itu berkata, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada awal 2005 iaitu selepas tsunami membadai Aceh pada Disember 2004. “Ketika tsunami pada 26 Disember 2004, ratusan ribu nyawa hilang manakala kawasan pantai sepanjang 800 kilometer berdepan Lautan Hindi lenyap. “Namun kemusnah...

Peringatan Untuk Mereka Yang Hendak Memulakan Idea Perniagaan Kecil!

Imej
Berniaga ialah ibarat perjalanan kehidupan. Jadikan perniagaan kita suatu yang normal dan biasa-biasa. Mulakan langkah kita dalam berniaga sama seperti kita melangkah untuk ke mana-mana. Maksudnya mulakan secara kecil-kecilan. Bukankah selalu dikatakan langkah sejauh mata memandang tetaplah bermula dengan langkah yang pertama. Jadi, untuk memulakan perniagaan, jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu produk atau perkhidmatan yang kita siapkan begitu sempurna. Sebaik sahaja produk atau khidmat dapat dilaksanakan dan boleh diterima, kita sudah boleh terus memulakan idea perniagaan kecil tersebut. Urusan membaiki idea perniagaan atau produk tersebut, kita hanya perlu lakukan pembaikannya dari masa ke semasa. Kita akan belajar banyak perkara sepanjang mengharungi perjalanan perniagaan berkenaan. Itulah pengalaman yang pasti akan ditempuh. Sebab itu perlu diusahakan secara kecil-kecilan.  Jika gagal pun, tidak banyak rugi yang ditanggung. Risiko kerugian atau kena tip...