Rakyat Telah Isytihar Darurat Di Kelantan
Paparan berikut diambil dari blog MSO Banjir kuning atau boleh juga dikenali dengan "Bah Emas" kerana ia membawa air lumpur dan selut berwarna kuning keemas-emasan yang melanda Kelantan seminggu lalu membawa pengertian dan makna tersendiri bukan sahaja kepada mangsa banjir tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia serta pemerintah juga. Jujutan lori membawa bekalan ke Kelantan. Bah Emas ini juga menjadi kayu pengukur dan ujian kepada seluruh insan yang bermukim di bumi ini. Bah Emas ini menguji, pertamanya sejauh manakah mangsa dapat menerima takdir dan ujian Allah dengan musibah berkenaan. Apakah mereka bersabar dengan ujian itu dan terus bangkit untuk membena semula kehidupan selepas bencana, terutamanya yang kehilangan harta benda termasuk rumah kediaman. Sekiranya mangsa dapat bersabar, bersikap "tasamuh" menerima bcana itu sebagai ujian dan balasan terhadap dosa-dosa dilakukan baik terbuka atau tersembunyi, dapat membina semula kehidupan m...