Isu Hudud Merapatkan Saf Umat Islam?
Isu hudud kembali bergema di negara kita. Dalam keadaan DAP dan PKR panas punggung menghadapi isu ini, UMNO pula membuka ruang menghampirkan diri dengan PAS. Ada magnet rahsia yang menarik UMNO dan PAS untuk saling bergandingan 'membela' hudud - walau dalam berbagai versi. Bacaan politik dalam isu hudud ini adalah sama iaitu bagaimana isu ini akan menguntungkan kelompok masing-masing. Jika perlu menentang kerana pengikut masing-masing lebih takutkan hudud maka penentangan kena dilakukan. Jika sokongan akan berupaya mengaut laba politik, maka eloklah memberi sokongan. Bagi mereka yang sudah lama menginginkan penyatuan umat Melayu / Islam, nada Hudud cadangan PAS yang 'disokong' UMNO itu menjadi harapan baru. Ramai yang mengharapkan PAS dan UMNO bersatu kembali tetapi dalam waktu terdekat, ianya tidak akan berlaku. Isu hudud ini hanya percubaan melihat kemungkinan ke arah itu. UMNO sedang mengaut laba yang be...