Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEHILANGAN MH370

Heboh!!! Serpihan MH370 Dijumpai Di Pantai Timur Thailand?

Imej
Kuklik – Thailand, Satu komponen pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemukan di pantai timur Thailand pada Sabtu 23 Januari 2016. Kepala Distrik Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan, mengatakan sepotong logam melengkung ditemukan terdampar di pantai di Provinsi Nakhon Si Thammarat, bagian selatan Thailand. “Warga desa menemukan reruntuhan, berukuran sekitar 2 meter lebar dan panjang 3 meter,” kata Patthikongpan, kepada Reuters, Minggu (24/1/2016). Penduduk desa lalu melaporkannya ke pihak berwajib untuk diidentifikasi. Belum ada konformasi resmi dari Thailand tentang reruntuhan pesawat tersebut. Patthikongpan menambahkan, “Nelayan mengatakan hal itu berkemungkinan besar kerana benda itu dijangka telah berada di bawah laut tidak lebih dari 1 tahun. Ini boleh dilihat dari teritip di atasnya.” Seorang jurucakap Badan Pusat Koordinasi Bersama yang mengawasi pencarian internasional untuk MH370, mengayatakan kepada Reuters untuk tidak mau berspekulasi tentang penemuan...

Gempar!! Gambar Terbaru MH370 Dikesan Satelit Terapung Di Lautan

Imej
MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.  Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.  Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.  Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.  Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut. SUMBER:

Gempar!! MH370 Diterbangkan Ke Antartika?

Imej
BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan. Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika. Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan. Pakar-pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini. Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika. Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjay...

Lokasi Terbaru MH370 Dikesan?

Imej
KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di Selatan Lautan Hindi, menurut Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss. Menurut beliau, pihak pakar satelit telah membuat penilaian ke atas kesemua maklumat yang diperolehi bagi menentukan kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu. Katanya, pencarian di lokasi terbaru itu melibatkan usaha serta pakar dari serata dunia."Pihak pakar telah menganalisis maklumat komunikasi satelit... maklumat yang pada mulanya tidak bertujuan untuk mempunyai kebolehan bagi mengesan pesawat dan membuat pengiraan kompleks," kata Truss pada satu sidang media pada Khamis. Katanya kawasan pencarian baharu masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya. Tambah Truss, pencarian dasar laut itu akan bermula pada Ogos ini dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan unt...

MH370 - Kehilangan Yang Disengajakan?

Imej
MH370 : KEHILANGAN KAPAL YANG DISENGAJAKAN | Kehilangan MH370 ‘disengajakan’, wujud ‘perkiraan’ (perancangan), kata juruterbang veteran‎. Dalam satu teori konspirasi terbaru mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, juruterbang komersial veteran dan wartawan penyiasat melihat insiden berkenaan merupakan tindakan yang “disengajakan” dan dalam “perkiraan, (perancangan)” lapor akhbar. The Huffington Post UK melaporkan, juruterbang komersial veteran, Ewan Wilson dan wartawan penyiasat Geoff Taylor menghabiskan masa selama berbulan-bulan menganalisis data saat akhir pesawat sebelum hilang bersama 239 penumpangnya. Mereka membuat kesimpulan, misteri kehilangan pesawat dan kegagalan sistem penjejaknya hanya boleh berlaku dengan tindakan yang disengajakan. Wilson, sebelum ini pernah bekerja dengan dua syarikat penerbangan turut berlepas ke Malaysia untuk menemuramah penyiasat dan saudara mara juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. Mereka yang berasal dari New Zealand turut m...

Mesti Baca - Pandangan Kritis Tun M Mengenai Boeing & MH370

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370] 1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri. 2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.   3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar ...

Setelah 3 Bulan Gagal Mencari MH370, Misi Mencari Kini Diswastakan

Imej
KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian peswat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini. Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014. "Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan. ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. ~hrkh

Australia Sahkan "MH370 TIDAK Berakhir Di Selatan Lautan Hindi"

Imej
Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu. "Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370. "Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian,” katanya. HMAS Ocean Shield , kapal uta...

Ahli Arkeologi Marin Britain Dakwa Temui Lokasi Serpihan Pesawat MH370!

Imej
Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah menemui serpihan pesawat MH370 yang hilang di lokasi sejauh 4,800 KM dari lokasi asal pencarian pihak berkuasa di lautan Hindi. Tim Aker, 56 telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua. Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat. Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terlepas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lum...

Petunjuk Baru Dijumpai Dalam Misi Pencarian MH370?

Imej
Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.  Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebagaian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu. Benarkah Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman. Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia sema...

Bagaimana Jika MH370 TIDAK DITEMUI?

Imej
Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER itu tidak ditemui? Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia bakal menjadi kenyataan yang pahit.CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan. 1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia. Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan pertanyaan. Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airli...

MH370 - Kenapa Begitu Cepat Sijil Kematian Penumpang MH370 Mahu Dikeluarkan?

Imej
Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia. Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini. Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan betujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka. Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Beberapa is...

Sudahkah MH370 Ditemui?

Imej
Sah!! Bangkai Pesawat MH370 Telah Ditemui?  LIHAT SUMBER Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).  Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam. “Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai,” SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan. “Walaupun kerajaan masih belum mengumumkannya lagi, jika seseorang tanya saya 'secara teknikal adalah mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk berkata demikian?', jawapan saya jelas, ya. “Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain,” katanya. Mearns, seor...

Australia Yakin Isyarat 'Ping' Milik MH370!

Imej
  Pasukan mencari meronda kawasan sekitar Lautan Hindi  bagi mengesan pesawat MH370. Gambar kiri, dua anggota  Tentera Laut Diraja Australia mencari kemungkinan terdapat  serpihan pesawat MH370 dari helikopter Seahawk.   -Foto EPA Pasukan mencari tumpu kawasan pertama didengar Perth: Pihak berkuasa misi pencarian pesawat MH370 yakin isyarat yang dikesan di dasar Lautan Hindi datangnya dari kotak hitam pesawat yang hilang milik Malaysia, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, semalam, sekali gus memberi harapan dapat merungkai misteri kehilangan pesawat paling membingungkan abad ini. Beliau memberitahu media di Shanghai, China, bahawa pasukan mencari pesawat MH370 itu memberi tumpuan kepada kawasan sasaran sumber isyarat ‘ping’ itu, kali pertama didengar Sabtu lalu.  “Kami mengecilkan kawasan pencarian dan yakin isyarat yang kami kesan datangnya dari kotak hitam pesawat MH370.  KLIK Sumber

Pengamal Perubatan Islam Saran Pencarian MH370 Di Darat

Imej
Pak Lang muatkan di sini paparan yang diambil dari Blog Heliconia (Terima kasih) Sudah lama saya membaca berita ini, sejak 15 Mac, namun mungkin sekarang waktu terbaik untuk diblogkan. Orang bertaqwa kadang-kadang diberi rasa hati, hasil usaha taqwanya, sifat kehambaan dan tawadhuknya mengumumkan ilham atas niat membantu, bukan menunjuk-nunjuk. Bukan diberi mimpi yang hebat-hebat. Namun, fihrasat orang mukmin yang sangat soleh insyaAllah sangat tepat, sepertimana kata-kata kiasan Sheikh Nazim Adil Haqqani Al Qubrisi. Kata-katanya ‘ Bersedekahlah sebelum ‘Jumaat’ ini, jika tidak para penumpang pesawat semua akan dipanggil Allah’. Ini adalah kiasan, siapa yang mampu menafsir kiasan Sheikh? Kepada siapakah terutamanya, kiasan ini ditujukan? Wallahualam. عن ابن عمر رضي الله عنه قال :قال صلى الله عليه و سلم :  اتقوا فراسة المؤمن فاءنه ينظر بنور الله . Dari IBNU UMAR ,RASULULLAH bersabda : ” HATI HATILAH KALIAN DARI FIRASATNYA ORANG MUKMIN , KERANA MEREKA MEMANDANG KALIAN DENGAN...

Lautan Hindi Yang Paling Menakutkan - Tonton Video

Imej
  Operasi pencarian dua objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.   Operasi mencari yang diketuai Australia untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth. Kawasan itu kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada Selasa lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ. Ia merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin kuat dan sering dilanda ombak besar. "Ia keadaan yang menakutkan, apabila kamu sampai di situ... pengaruh Antartika sangat kuat apabila menghampiri kawasan lautan itu," kata Erik van Sebille, seorang jurugambar samudera dari Univ...

MAS Terdedah Risiko Disaman Oleh Setiap Keluarga Penumpang MH370?

Imej
  Dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 masih belum ditemui sehingga ini, para peguam berkata MAS terdedah luas kepada potensi tindakan undang-undang dari keluarga para penumpangnya. Peguam yang berpejabat di Brisbane, Joseph Wheeler menjelaskan bahawa di bawah Konvensyen Montreal 1999 (dikemaskini pada 2009), syarikat penerbangan bertanggungjawab membayar pampasan bagi kehilangan yang terbukti sehingga RM570,820. Untuk menangkis saman yang menuntut gantirugi melebihi RM570,820, maka konvensyen tersebut menyatakan bahawa MAS perlu membuktikan di mahkamah bahawa kehilangan pesawat itu bukan disebabkan kecuaian sendiri, atau pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya. Di sinilah di mana MAS mungkin berdepan dengan masalah. "Bukti itu tidak ada untuk berhujah bahawa mereka tidak bersalah Mereka tidak boleh berhujah bahawa sesuatu yang lain yang bersalah seperti komponen pesawat atau pengeboman pengganas - sesuatu yang tiada dalam kawalan mereka," katany...

Dakwaan Penduduk Maldives Kukuh, Pesawat Tidak Terhempas

Imej
SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370. Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong. Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi. Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting ...

Kalaulah Anda Tahu Betapa Besar Impak Tragedi MH370!!

Imej
Kalaulah anda tahu betapa besar impak tragedi MH370, anda tidak akan komen sesuka hati. Sebaliknya anda akan jadi sangat takut. Kerana impaknya bukan sekadar kesedihan kepada waris mangsa dan simpati kita semua. Tetapi jauh dari itu nampaknya yang bakal berlaku mungkin mencakupi:- 1. Ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina 2. Hubungan ekonomi antara negara kita dan negara lain terutama negara Cina 3. Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselamatan. 4. Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja di negara tertentu. 5. Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan website kerajaan oleh cyber troopers negara Cina. 6. Pemulauan barangan Malaysia . 7. Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong . 8. Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ...

MH370 Mustahil Hilang Tiba-tiba Daripada Radar - Bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara

Imej
Kehilangan pesawat MAS, MH370 yang memasuki hari kelapan pencariannya, menimbulkan pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak. Kes pesawat hilang daripada radar kawalan dikatakan mustahil berlaku ketika sistem teknologi canggih digunakan kini. Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temu bual bersama bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC) Jabatan Penerbangan Awam (DCA), REMLI MOHAMAD, 62, dengan Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan, wartawan, Noor Ainul Yakin Mohamad Ishak, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed. Pusat kawalan terus hubungi pesawat jika tiga minit hilang daripada radar. Sepanjang tempoh bertugas, pernahkah alami situasi seperti kes MH370 yang hilang daripada radar? Saya mula bertugas pada 1971 sehingga 2010, dekat 40 tahun. Pernah menggunakan primary radar dan secondary radar. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi pesawat kecil memang biasa berlaku hilang daripada radar tetapi tidak lama selepas itu ditemui semula. ...