Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PKBM - KISAH PENAGIH DADAH

Kisah Penagih Dadah Sempat Bertaubat Sebelum Terbakar!!

Taubat dari segala dosa, mengaku menyesal atas semua kesalahan serta berazam janji tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut adalah kewajipan kita. Samada taubat kita diterima Tuhan atau tidak, ianya terserah kepada Tuhan yang maha kuasa. Apa yang penting jika di saat akhir sebelum nyawa ditarik sehingga ke kerongkongan, kita masih berpeluang bertaubat. Itupun jika ianya dilakukan sepenuh hati yang benar-benar insaf.    Dosa yang berulang-ulang dibuat biasanya berpunca daripada ketagihan. Dadah adalah suatu ketagihan yang dahsyat. Setiap kali penagih dadah itu menangis kesal, mereka belumlah boleh dipercayakan. Harapan tetap ada tetapi bagaimanakah membebaskan mereka daripada cengkaman ketagihan dahsyat sebegitu rupa? Selagi mereka masih menagih, mereka jangan dipercayakan jika menangis mahu berubah.   Kisah berikut bertepatan dengan apa yang dilakukan GISB mewujudkan Pusat Kembali Bersinar Malaysia (PKBM). Pusat ini khusus untuk para penagih dadah yang meny...