Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MADU LEBAH

1001 Khasiat Madu Kelulut Yang Ramai Tidak Tahu

Imej
Selama ini kita didedahkan dengan produk dari madu lebah, samada madu lebah yang diternak atau pun madu dari lebah liar / hutan atau disebut madu tualang. Cuma baru-baru ini madu kelulut menjadi bualan dan ramai pula yang mencarinya di pasaran. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiatnya seperti juga madu lebah (Apis spp.) yang lebih manis rasanya jika dibandingkan dengan madu kelulut yang rasanya sedikit masam. Kelulut atau dikenali juga dengan nama-nama seperti lebah tukang, lebah tidak bersengat (Stingless bee) atau nama saintifiknya Trigona spp. merupakan sejenis serangga dari famili Apidae. Selain di Malaysia, lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika. Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan madu dan tidak menyengat. Saiznya kecil malah lebih kecil dari lalat. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiat dan berpotensi untuk dikembangkan sebagai ma...

Madu Lebah Dan Kayu Manis - Siapa Pernah Terfikir?

Imej
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu. Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga mener...

Antara Madu Asli Dan Tiruan

Imej
Madu lebah merupakan makanan tambahan yang wajar menjadi amalan seisi keluarga. Bukan mudah mengumpulkan nektar madu dari berjuta bungaan. Semuanya dilakukan sang lebah yang Allah ciptakan untuk menghasilkan madu. Madu hanya untuk pengubatan dan penyembuhan bagi manusia. Pengalaman Pak Lang, madu asli tidak digemari lalat. Kerap kali tumpahan madu atau lelehan madu asli tidak dikerumuni semut sedangkan jika madu yang bercampur gula, pasti ada semut yang menghurungi bahkan masuk ke dalam botol berkenaan.  Soalnya - Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah dicampur atau memang bukan asli? Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” - peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana prod...