Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RAMPASAN KUASA DI MESIR

[PANAS] 10 Syarikat Amerika Yang Mendapat Untung Dari Tindakan Tentera Mesir

Imej
Dasar Amerika Syarikat berkaitan krisis di Mesir boleh dikatakan ironis..Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan..Tetapi, di sisi yang lain negera Pak Cik Sam itu terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir. Padahal dunia sudah pun tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi..Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat..Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat (AS) sendiri..Nak tahu senarai syarikat tersebut, meh usha kat bawah ni.. 1. Lockheed Martin Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir. 2. DRS Technologies Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencap...

Perjuangan Pimpinan Dan Negara Islam Perjuangan Sepanjang Hayat

Rakyat Mesir akan berhari raya di Dataran Raba’ah dan beberapa dataran lain di Cairo. Mereka tidak akan kembali ke rumah masing-masing selagi Mursi tidak dikembalikan kuasa yang telah dimandatkan rakyat dalam pilihanraya demokrasi yang pertama dua tahun dahulu. Puluhan juta rakyat telah berkumpul dan berhimpun secara terbuka menuntut Mursi dikembalikan ke Istana Presiden di Ittihadiyyah tanpa syarat. Tiga lagi tuntutan mereka ialah untuk diadakan segera pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang telah dibubarkan. Mereka juga menuntut agar ditubuhkan Jawatankuasa yang diketuai oleh Mursi yang sebelum ini telah disertai oleh semua pihak. Mereka juga mahukan sistem dalam mana penyingkiran Mursi atau mana-mana Presiden hanya di lakukan mengikut Perlembagaan. Di Dataran Raba’ah sahaja lebih dari tiga juta rakyat telah berhimpun dan jutaan telah berhimpun di Dataran-Dataran Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Alemena, Qina, Aswan, Asyat dan Fayoun. Mereka mahu keempat-empa...

Mesir Akan Terus Menjadi Tempat Permainan Kuasa Asing

Mesir sudah menjadi sebuah negara yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba’ah dan ini merupakan himpunan terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas. Hosni Mubarak berkuasa selama 30 tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam kehinaan. Morsi mengambilalih kuasa setelah...

Ikhwanul Muslimin Sedia Bebaskan Palestin Punca Dr Mursi Digulingkan?

Imej
Artikel di bawah rasanya ditulis setahun yang lalu. Isinya membantu kita memahami kenapa Dr Mursi dijatuhkan di Mesir. KLIK UNTUK SUMBER Situasi politik baru di Mesir dengan kemenangan kelompok Islam, Hizbul Huriyyah Wal 'Adalah Ikhwan dengan parti An-Nur Salafi yang menguasai 70% kerusi parlimen Mesir yang dipertandingkan. Ini bererti ia akan dapat merubah kondisi Mesir yang akan mempunyai kesan yang besar di masa hadapan. Ikhwan Merentasi Batas Negara Isu pembebasan Palestin agak lama digerakkan, kekuatan Ikhwan mengukuhkan kukunya di tanah Palestin adalah sejak zaman Hassan al-Banna mengirimkan berbatalion Ikhwan ke Palestin. Kemudian, ia dilanjutkan oleh Syeikh Izzudin al-Qassam yang merupakan seorang kader Ikhwan. Selepas itu, perjuangannya disambung oleh Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan generasi kedua setelah Izzudin Al-Qassam bagi berjuang membebaskan Palestin. Sekarang Syeikh Ahmad Yassin digantikan oleh Ismail Haniyah. Mereka merupakan generasi penerus Ikhwan de...

Mengenali Dr. Mursi - Presiden Mesir Yang Digulingkan

Imej
Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.   Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran. Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.   Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California...

Kenapa Morsi Jatuh - Professor Mohammad Agus Yusoff .

Imej
PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’. Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama. Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedi...

Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan - Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Imej
Presiden Mesir- Mohamed Morsi Digulingkan PRESIDEN MESIR MOHAMED MORSI DIGULINGKAN, JAWATAN PRESIDEN DIPEGANG OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, MENTERI PERTAHANAN (KETUA TENTERA) PENGKHIANAT BESAR. Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi. penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang. Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti ...

Presiden Republik Arab Mesir Dr Mohamed Morsi Di Gulingkan - Tentera Ambil Alih Pemerintahan!!!

Imej
  Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi, yang sebelumnya dengan tegas tidak akan meletakkan jawatan, pada pukul 7 petang Rabu telah diberitahu bahawa dia bukan lagi presiden apabila kawalan tentera Mesir merampas kuasa dalam kejadian yang dramatik.   Pihak musuh Morsi merayakan kejayaan mereka di jalan-jalan di Kaherah ketika Gen Abdul Fattah al-Sisi, ketua tentera, membuat pengumuman televisyen kepada negara sekaligus menuduh Morsi menolak penaggilan untuk dialog peringkat kebangsaan.   Sedangkan Morsi dalam ucapannya menolak kata dua pihak tentera dengan tegas menyatakan, beliau adalah seorang Presiden yang dipilih secara demokrasi dan akan mempertahankan perlembagaan walaupn terpaksa membayar dengan 'nyawanya'. Malangnya, rampasan kuasa tentera disokong oleh Sheikh al-Azhar, Ahmed al-Tayyeb yang dilantik oleh Hosni Mubarak, dan Paus Tawadros II Ketua Gereja Koptik, yang keduany berkata tentera kononnya telah mengambil "tugas patriotik ke...