Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEM MOTIVASI

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah ibubapa yang mempunyai anak-anak tidak mendengar cakap, malas dan tidak fokus. Apa yang terjadi ketika ini, ibubapa hanya mampu menangis, sedih dan kecewa melihatkan anak-anak di depan mata mereka berubah sedikit demi sedikit menjadi anak yang hilang potensi diri, bermasalah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif.  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS tampil menawarkan usaha ikhtiar mengubah anak-anak agar sedar tentang potensi diri, bersikap serius mengenai solat 5 waktu, cintakan ilmu, menyayangi ibubapa dan guru-guru, berakhlak mulia serta memulakan usaha membaiki / meningkatkan diri menjadi anak / remaja yang menyejukkan hati ibubapa / guru!!  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS menawarkan: KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!! (Tempat Terhad - Daftar segera untuk masa depan anak anda!!) Moto Kem ini ialah "Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"   Ianya Menarik, Berilmu, Ceria Dan M...

Kem Motivasi Ala Madrasah 2 + Kem Kembali Ke Sekolah

Imej
Kenapa semakin ramai ponteng sekolah? Kenapa ramai pelajar tidak minat ke sekolah?  Apa langkah yang perlu diambil oleh para ibubapa dan guru? Apa yang pasti, usahakan agar anak kita suka dan ceria untuk ke sekolah setiap hari. Walau apa alasan sekalipun, hati mereka mereka tetap mahu ke sekolah. Bagaimana dan apa rahsianya? Temukan jawapan untuk anak anda di.... KEM MOTIVASI ALA MADRASAH 2 (KMAM 2) +  KEM KEMBALI KE SEKOLAH (KKKS) Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan 18 Hingga 21 Disember 2014 (Khamis - Ahad) Daftar 3 Orang  Percuma Untuk 2 orang!! Anjuran      :  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814) Tempat  Daftar  : Sek Men Islam Zadut Taqwa                           (Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)                           115, Lrg Bistari 3, Jln Jurutera, Kg Seri Aman,  ...

Kem Motivasi Ala Madrasah (2) Pada 18,19, 20 Dan 21 Disember

Sekarang sedang berlangsung Kem Motivasi Ala Madrasah 1 di Puchong, Selangor. Oleh kerana masih ada ibubapa yang ingin menghantar anak-anak mereka, maka kami buka peluang untuk satu lagi kem serupa pada 18 hingga 21 Disember akan datang.  Kem Motivasi Ala Madrasah 2 (KMAM 2)  pada minggu hadapan ini akan disekalikan dengan Kem Kembali Ke Sekolah (KKKS) - sesuai dengan hampirnya waktu persekolahan tahun 2015 yang akan bermula awal Januari nanti.  Ada pelbagai aktiviti menarik menanti anak anda. Selama ini mungkin anak anda tidak fokus, malas atau mula terpengaruh dengan kawan yang negatif. keistimewaan kem ini ialah mengubah dan meningkatkan sahsiah anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah.  Ingatlah!! Dunia cyber sedang merosakkan anak-anak kita.  Jangan menangis di kemudian hari!!  Daftar segera dengan menghubungi kami. KEM MOTIVASI ALA MADRASAH 2 (KMAM 2) +  KEM KEMBALI KE SEKOLAH (KKKS) Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan...

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH - Hubungi Kami Untuk mendaftarkan Anak-anak Anda

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan Masih ada tempat kosong!! Jangan merayu di saat akhir!!   Tempat terhad!! Anjuran      :  LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814) Tempat  KEM  : Sek Men Islam Zadut Taqwa                           (Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)                           115, Lrg Bistari 3, Jln Jurutera, Kg Seri Aman,                            Puchong, Selangor Tarikh              : 8 Hingga13 Disember 2014 (Isnin - Sabtu) Umur Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17 tahun dan                            ke atas (Lepasan SPM) HUBUNGI ...

Facebook KEM MOTIVASI ALA MADRASAH

Antara maklumat yang ibubapa luahkan kepada Pak Lang ketika menalipon mendaftarkan anak-anaknya mengikuti Kem ini ialah: 1)   Anaknya sudah mula ada elemen yang membimbangkan. Jika dibiarkan kemungkinan besar akan menjurus kepada gejala negatif. Maka ibubapa tersebut membuat keputusan memujuk anak masuk mengikuti Kem ini. 2)   Ada yang bertanya, "ada 'ragging atau buli-buli ke kat Kem ustaz nanti? Maaf ustaz saya tanya terus terang sebab maklumlah sebagai ibubapa saya kena pastikan." Alhamdulillah Pak Lang dapat yakinkannya bahawa elemen Kem ini ialah  Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan. Tidak ada ragging, tidak ada buli, tidak ada berkasar tetapi kami utamakan kasih sayang dan elemen kekeluargaan. 3)     Anak yang perlu disuruh dan diingatkan untuk mengerjakan solat. Semakin hari semakin teruk keadaannya. Kalau tidak diingatkan atau dikejutkan dari tidur, alamat tidak bersembahyang lah si anaknya. Insya Allah penekanan utama Kem ini ialah pada pengh...

Kenapa Anak Mula Melawan Cakap?

Anak-anak membesar depan mata kita. Sejak lahir, setiap hari kita melihat perkembangan mereka. Kita teruja menyaksikan baby merengek, menangis, senyum dan ketawa.  Dari menelentang, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan berlari, kelihatannya mereka membesar begitu cepat. Sakit demam itu biasa. Apa yang penting, kita sekeluarga mengambil berat hal keadaannya. Kita tidak mahu anak-anak kita mendapat kesusahan, kemalangan atau kegagalan. Lebih serius, ramai di kalangan ibubapa mahu pastikan anak-anak selesa dalam semua sudut. Terjebak pula dalam kes memanjakan anak!! Jangan tidak tahu, memanjakan anak juga satu kes 'penderaan' kepada ruh dan jiwa anak kita. Anak kita jadi tidak merdeka dan sangat bergantung pada orang lain. Anak yang manja tidak mampu bersaing dan tidak sanggup bersusah payah. Mereka cepat mengadu masalah dengan ibu bapa atau keluarga. Mereka juga cepat merajuk. Malangnya apa yg tidak disedari ramai ibu bapa ialah anak-anak semakin menja...

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH - Sesi Taklimat Khas Untuk Ibubapa

Bagaimana nak tahu anak anda sudah pandai menipu anda? Bagaimana mahu memantau pergerakan dan pergaulan anak remaja anda semasa anda tiada di rumah? Mengapa anak anda tidak mahu berkongsi masalahnya dengan anda? Apa akan berlaku jika rakan atau teman anak anda mula mengajak anak anda keluar tanpa pengetahuan anda? Kuncinya ialah pada didikan dan tarbiyah untuk anak anda. Bagaimana proses tarbiyah ini boleh dilakukan oleh ibubapa yang sibuk. Bahkan ada ibubapa merasakan diri mereka tidak mampu menjadi pendidik yang baik untuk anak-anak mereka.... Semuanya perlukan jawapan. Untuk itu anda perlu berusaha hadir mengikuti sesi taklimat khas untuk ibubapa. Semua yang datang menghantar anak mereka bagi mengikuti KEM MOTIVASI ALA MADRASAH di Puchong pada 8 Disember nanti akan berpeluang mendapatkan jawapan serta teknik yang perlu dilakukan. Banyak pendekatan rohaniah dan lahiriah yang hanya akan diketahui daripada tokoh-tokoh yang terbukti telah berjaya mendidik anak-anak mereka. Mer...

Cepat Daftar Anak Anda!! Kem Motivasi Ala Madrasah

Sebaik Pak Lang sebarkan maklumat Kem Motivasi Ala Madrasah Anjur an LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS, Pak Lang mula menerima respon positif. Semuanya bertanyakan maklumat lanjut. Sememangnya jadual atau tentatif program tidak dinyatakan. Itu rahsia kami. Kalau dipaparkan jadi 'murah' pula jadinya.  Apapun bagi ibubapa yang mahu menghantar anak-anak ke Kem ini, sila daftar dengan cepat. Besar kemungkinan akan ada satu lagi kem serupa pada tarikh 15 - 18 Disember 2014 (4 hari 3 malam). Lebih baik usaha masukkan anak pada tarikh 8 Disember. Lebih lama masanya. Ada sebabnya. Oh ya! Pendaftaran pada 8 Disember ialah jam 7 pagi. Ertinya kena solat Subuh di Limpahan Kasih. Insya Allah ada sarapan untuk semua ibubapa dan keluarga yang menghantar anak. Jamuan kenduri ala kadar yang kami cuba sediakan.  Tepat jam 8 pagi adalah taklimat khas untuk ibubapa. Ianya disusuli dengan penyerahan anak kepada pihak kami.  1 Disember jam 9 pagi adalah hari penutup Kem ini. Semua Ib...