Sejarah Penyusunan Ilmu Nahwu Bahasa Arab
Bangsa arab merupakan bangsa yang memilki nilai sastera yang tinggi. Di zaman Arab kuno setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka berkumpul dan membanggakan syair-syair yang mereka karang. Salah satu pasar seni yang terkenal adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal. Awalnya bahasa Arab amat terjaga sampai Islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam (bukan Arab). Dari sinilah mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa arab. Penyebab utamanya adalah adanya percampuran antara bahasa arab dengan 'ajam. Kekeliruan ini sangat berbahaya karena boleh merosak makna ayat Al Quran. Sehingga akhirnya kaedah-kaedah bahasa arab ini disusun dan diberi nama Ilmu Nahwu. Para ulama hampir bersepakat bahawa penyusun ilmu nahwu pertama adalah Abul Aswad Ad Dualy (67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali Rhadiyallahu ‘anhu. ١- التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية – شيخ محمد محي الدين عبد الحميد – ص : ٦ واضعه – والمشهور أن أول واضع لعل...