Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMATIAN ITU DAHSYAT

Sakitnya Mati!!!

Imej
Di-riwayatkan bahwa apabila setitik kepedihan mati ditetes-kan pada bukit-bukit di dunia, niscaya akan hancur bukit-bukit itu.  Saat ajal Nabi Ibrahim As tiba, Allah Ta’ala berfirman kepada beliau, “Wahai khalil-Ku, bagaimana engkau merasai mati?” Beliau menjawab, “Seperti kait-besi panas yang berulangkali dimasukkan dan ditarik pada kain yang basah.” Allah Ta’ala berfirman, “Sebenarnya Aku telah memudahkan kematian bagimu.” Dikisahkan mengenai Nabi Musa As bahwa ketika nyawanya dibawa ke hadapan Allah Azza wa Jalla, Dia bertanya kepada Musa, “Wahai Musa, apa yang kau-rasakan ketika mati (sakaratul-maut)?” Jawab Musa As, “Aku rasakan hidupku laksana seekor pipit. Ketika ia dibakar (digoreng) di atas pembakarán (penggorengan), ia tak mampu terbang dan juga tak selamat dari rasa sakit saat mati. Aku merasakan rasa sakit yang luar biasa saat sakaratul-maut seperti yang dialaminya.” Ada suatu riwayat yang mengisahkan bahwa pada saat ajal menjemput Nabi Saw, di ...

Sakaratul Maut Yang Dahsyat!!

Abu Hurairah meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Suatu ketika Malaikat Maut mendatangi orang yang sedang sekarat. Setelah melihat ke dalam hatinya dan tidak menemukan apa pun di situ, Malaikat lalu membuka janggut orang itu dan mendapati ujung lidahnya melekat pada langit-langit mulutnya selagi di mengucapkan, ‘Laa ilaha illa Allah’. Dosa-dosanya diampuni karena kalimat ikhlas yang telah diucapkannya.” (HR At-Tirmidzi) Imam Al-Ghazali menjelaskan, seharusnya orang yang memberikan bantuan untuk menuntun kalimat syahadat orang yang sedang mendekati sakartul-maut tidak memaksa-maksa. Dia harus menggunakan cara yang lemah lembut, karena boleh jadi lidah orang sekarat itu tak mampu mengucapkan kalimat syahadat. Sebaliknya, rasa tertekan yang diakibatkan oleh ketidakmampuan lidahnya itu membuat dia merasakan dorongan tersebut sebagai beban berat dan menimbulkan rasa benci terhadap kalimat syahadat. Dikhawatirkan itu dapat mengakibatkan su’ul khatimah. Sesungg...

Apakah Janji Allah Kepada Malaikat Maut?

Imej
Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada Malaikat Maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan Malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Sebenarnya manusia itu sedar bahwa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu ketentuan biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir saja. Dia mengambil logika, bahwa banyak kematian disebabkan oleh suatu tragedi,...

Panggilan Yang Paling Ditakuti - Apa Yang Akan Berlaku?

Imej
Apa perasaan jika kita menerima panggilan telifon daripada Malaikat Maut? Mari kita bayangkan apa yang akan berlaku pada kita sebaik mendapat panggilan menakutkan ini. Tentunya Malaikat Maut tidak guna telefon bimbit tetapi ada caranya yang tersendiri. Tahukah kita bahawa Malaikat Maut sentiasa merenung serta melihat wajah setiap orang daripada kita sebanyak 70 kali sehari? Andainya kita sedar hakikat ini, nescaya kita tidak lalai dari mengingati mati. Oleh kerana Malaikat Maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan Malaikat Maut. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus...

Suasana Kedahsyatan Alam Barzakh

Imej
Akhirat destinasi yang akhir buat manusia. Tapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusia. Persediaan untuk ke sana diabaikan. Tempat persinggahan sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh. Border di antara dunia dan Akhirat. Di sana ada peperiksaan... Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat.  Setelah seseorang itu mati, dia akan kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkit...

Kisah Melihat Orang Sakaratul Maut Dan Kesan-kesan Nyawa Dicabut Dari Tubuh!!

Kepada anak cucu dan remaja sekelian! Mati sememangnya ubat mujarab menghilangkan ego atau sombong. Mati juga sangat berkesan melenyapkan rasa bangga diri atau lupa diri. Mati - bagi orang yang mempunyai hati yang celik dan hidup - akan menjadikannya insaf dan bertaubat. Mendidik manusia dengan cerita-cerita kematian boleh mengubah diri seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dalam hidup, Pak Lang diberi peluang oleh Tuhan untuk menyaksikan kematian terutama di kalangan ahli keluarga. Banyak kali juga kesempatan ini berlaku. Pastinya sebagai didikan Tuhan untuk menginsafkan diri. Bukankah sebaik-baik pengajaran dan peringatan itu adalah kematian. (Pak Lang teringat Al-Marhum Abuya ketika mendengar berita tentang kematian seseorang, Al-Marhum akan menyebut Lahumul Fatihah - mengajak semua yang hadir menghadiahkan Al-Fatihah sebelum menadah kedua telapak tangannnya mendoakan simati. Biasanya dengan doa yang agak lama, penuh khusyuk dan pengharapan keampunan Tuhan u...

Bagaimana Menghadapi Kematian - Apa Persediaan Dan Tindakan Yang Patut Dilakukan

Bagi orang yang sedang dalam keadaan sakit tenat, ada beberapa tanda yang dapat dikenali sebagai tanda ajalnya sudah hampir. Hukum bagi tanda-tanda ini adalah harus sahaja dan tidak semestinya berlaku kepada semua orang yang sedang tenat. 1) Apabila baring terlentang, tiada lagi ruang di antara pinggang dan tempat baring. Keseluruhan tubuhnya telah lepir dan rapat ke bumi. 2) Tubuhnya akan melurut turun apabila diletak bantal di bawah kepalanya. 3) Jatuh hidungnya. Ertinya batang hidung kelihatan penyek dan turun ke bawah. 4) Keadaan kakinya condong ke bawah semasa baring terlentang. 5) Rasa sejuk yang bermula dari jejari kaki naik ke betis lalu seterusnya rasa sejuk itu naik ke atas paha dan badan. 6) Kaki menjadi bengkak. ** Berikut adalah cara-cara bagi menentukan orang yang sakit tenat itu telah habis nyawanya. 1) Periksa pernafasannya dengan mengunakan cermin. Letakkan cemin kecil di hadapan mulutnya dan perhatikan sekiranya ada wap di atas permukaan cermin itu. Jika tiada wap,...

Cukuplah Kematian Sebagai Peringatan Menginsafkan Kita - Proses Yang Berlaku Pada Tubuh Manusia Ketika Mati Dan Di Dalam Kubur

Imej
Kematian pasti terjadi kepada setiap yang bernyawa. Makhluk yang lain tidak ada pertanyaan atau pertanggungjawaban. Hanya manusia yang diberi peluang hidup di dunia dengan segala kenikmatan untuk akhirnya diminta menjawab pertanyaan demi pertanyaan. Ingatan kepada kematian sangatlah mencemaskan kita.  Siapakah yang sudah bersedia mengadap Tuhan sedangkan diri merasakan dalam keadaan penuh dosa dan derhaka padaNya. Kalaupun kita melakukan ibadah dan kebaikan belum tentu ianya ikhlas kerana Allah. Justeru belum tentu diterima Tuhan. Lebih baik bimbangkan diri takut amalan tertolak daripada merasakan ibadah telah sempurna.  Kematian tetaplah mendatangi kita. Kita pasti menempuh detik-detik sakaratul maut. Aduh!! Tidak terbayangkan siksaannya. Bagaimana boleh melepasi keadaan yang sangat gawat itu dengan hati meredhai apa yang Tuhan lakukan pada kita dan lidah dapat menyebut syahadat yang mulia? Husnul khatimahkah atau suu ul khatimah?  Siapakah boleh m...