Menjejaki Aceh Selepas 10 Tsunami
Dari Blog MSO . CATATAN PERJALANAN Kawasan ini merupakan kubur besar mangsa Tsunami. Sejak hampir satu dekad lalu saya telah beberapa kali menjejaki dan menyinggahi bumi Nanggroe Aceh Darussalam. Barang kali Aceh adalah propinsi atau negeri yang paling kerap saya kunjungi berbanding dengan propinsi lain di Indonesia. Indonesia mempunyai 23 propinsi atau pun wilayah. Di kubur ini pula tersimpan 45,000 mayat Tsunami. Barang kali mudah untuk difahami kenapa saya kerap ke sana. Kekerapan itu menyebabkan ada kawan yang cemburu dan meragui, kononnya saya berbini muda dengan orang Aceh. Tidak. Jolokan Serambi Makkah yang diperolehi oleh negeri berbentuk rencong itu, adalah faktor utama. Sebagai seorang Islam, saya mudah cair dengan jolokan berkenaan. Ada kesinoniman Aceh dengan negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Selain itu musibah yang menimpa Aceh kerana bencana Tsunami hampir 10 tahun lalu menjadikan saya jinak dan mesra alam dengan Aceh. Tsuna...